Thursday, August 27, 2009

Ustaz Asri Dalam Kenangan (UADK)



Pemergian Mohd Asri Ibrahim atau mesra disapa Ustaz Asri meninggalkan kesan yang mendalam di dalam industri muzik tanah air. Perjuangan Allahyarham di dalam kumpulan Rabbani yang ditubuhkan pada 1 Mac 1997 berjaya mendapat sambutan peminat dengan aluan zikir dan menyebarkan dakwah melalui irama nasyid yang diperjuangkan.

Sebagai mengenang perjuangan Allahyarham, TV3 menerbitkan program 'Ustaz Asri Dalam Kenangan' selama satu jam pada hari Jumaat, bersamaan 21 Ogos, jam 6 petang. Program ini akan memaparkan kompilasi persembahan kumpulan Rabbani sewaktu Malam Sinar Maulidurrasul 1428H (2007) dan Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H (2009) termasuk persembahan duet mereka bersama Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi.

Penonton juga akan dapat menyaksikan sedutan visual sewaktu pengebumian Allahyarham serta wawancara bersama ahli Rabbani yang lain. Di samping itu, penonton di rumah boleh menghantar ucapan takziah yang akan dipaparkan melalui 'crawler' ketika program disiarkan.

Wednesday, August 26, 2009

Tips Menjadi Penasyid

Ana rasa bagi seseorang penasyid, ciri-ciri paling tepat yang perlu ada padanya ialah ciri-ciri yang ada pada Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sebab Allahyarham adalah antara insan yang paling tepat menggambarkan imej nasyid dan apa yang sepatutnya seorang penasyid ada, antara sifat beliau yang patut penasyid ikut ialah:

1. 'Alim (sehingga beliau bergelar ustaz dan sering menjadi sumber rujukan) - Mempunyai pengetahuan agama yang luas, memang sepatutnya seorang pendakwah mempunyai pengetahuan agama yang lengkap.

2. Thiqah - Beliau sentiasa menjaga cara penampilan, cara bercakap, cara berinteraksi sehingga tampak jelas kewibawaan beliau sebagai seorang pendakwah dan contoh ikutan.

3. Tawaddhu' - Allahyarham adalah seorang yang sangat tawaddhu' dan merendah diri, sehingga kekadang apabila berinteraksi dengan beliau dek kerana rendah dirinya, kita terlupa bahawa pengalaman berpuluh tahunnya dalam bidang nasyid sepatutnya sudah menjadikan beliau seorang yang sepatutnya sangat disegani, atau dengan kata lainnya seorang Otai atau Sifu...

4. Ramah dan sentiasa senyum - Beliau sangat mudah mesra dan sentiasa tersenyum. Keramahan beliau membuatkan beliau mudah didekati khususnya golongan artis biasa yang cenderung untuk mendekati dakwah nasyid, beliau disegani dan dihormati tapi mudah didekati. Ciri-ciri tepat seorang pendakwah...

5. Pengetahuan ilmu Al-Quran yang baik - Beliau membaca Al-Quran dengan baik dari segi hukum tajwid dan makhrajnya, beliau juga mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang tarannum, marhaban, berzanji dan seumpamanya... Ciri yang sepatutnya wajib ada bagi setiap penasyid, kerana ilmu Al-Quran dan Tarannum adalah rujukan untuk mengalunkan nasyid...

6. Ikhlas - Walaupun kita tidak mengetahui isi hati beliau, tapi keikhlasannya terpancar dari perlakuan beliau dan cara penyampaian nasyid beliau, serta cara dealing show beliau, cara beliau mentadbir Rabbani dan banyak lagi..

Banyak lagi ciri-ciri baik yang kita boleh ambil contoh dari Allahyarham. Semoga diri ana sendiri dan penasyid-penasyid baru dan lama dapat menerapkan ciri-ciri yang beliau ada... Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para syuhada' dan solihin dan pemergian beliau dinilai sebagai syahid di jalan dakwah.

p/s : Tips dari Ustaz Hazamin Harun Inteam.

3 daie: Pengertian Ramadan

DARI kiri: Nabil Ahmad, Awangku Omar Asfuaddin Pengiran Hamdan dan Ustaz Azri

Awangku Omar Asfauddin Pengiran Hamdan; Ustaz Nabil Ahmad dan Ustaz Mohd Azri Ahmad Kamil Al-Hafiz - masing-masing contoh terbaik mewakili generasi baru pemimpin agama.

Mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-51 baru-baru ini. Awangku Omar Asfauddin, 31, membuktikan usia muda bukan penghalang bergelar qari negara serta mendalami ilmu al-Quran.

Sama rentaknya dengan personaliti agama Astro Oasis, Ustaz Nabil, 29, yang bertanggungjawab mengemudi program Jemputan Umrah stesen kabel itu. Bagi Ustaz Nabil, dakwah boleh dilakukan melalui pelbagai medium tanpa batasan.

Pada usia 24 tahun, Ustaz Mohd Azri pula membuka lembaran baru dalam pengurusan masjid. Pada usia semuda itu, Ustaz Mohd Azri dilantik menjadi imam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar. Nyata, pengalaman menjadi imam di Masjid Negeri Pulau Pinang pada 2003 membawa anak muda ini melalui episod baru dalam hidupnya.


p/s : Dipetik dari berita harian.

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Selamat datang wahai Ramadhan yang dirindui. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna disinari nur Ramadhannya. Kali ke 25 tahun aku melangkah sejauh ini untuk bertemu denganmu wahai Ramadhan. Kali ini, pasti aku lakukan yang terbaik buatmu wahai kekasihku. Aku tahu, cukup berat untuk memenuhi kehendakmu tapi aku redha dan istiqamah didalam membuat sesuatu kepadamu.

Thursday, August 20, 2009

Nantikan Di Nasyid FM

10 September 2009
Klik image untuk view lebih besar

Salam kepada pembaca. Dengarkan saya di Nasyid FM pada 10 September 2009 (Khamis) malam. Jadual akan ditukar ikut semasa penganjur. Ramai lagi artis akan turut sama menghiburkan anda seperti Ustaz Zahazan, Alan UNIC, Algebra, Sofieya dan ramai lagi. Jangan lupa, jumpa di Nasyid FM.

Monday, August 17, 2009

Hadiah Ramadhan Adik Madihah


''Ini hadiah bulan Ramadan. Hadiah terbaik pernah saya terima. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga saya.'' Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 itu kini memulakan hidup baru bersama keluarganya di rumah bernilai RM130,000 di kawasan yang dibangunkan oleh Binaraya PKINK Sdn. Bhd. Syukur alhamdulillah pada Allah swt kerana rumah baru adik Nik Madihah Bt Nik Mohd Kamal dan keluarga telah siap dibina. Perasmian dan sedikit majlis diadakan di rumah baru mereka hari ini jam 8 pagi. InsyaAllah gambar akan saya uploadkan disini tidak lama lagi.Tahniah dik.

Nik Nur Madihah kini melanjutkan pelajaran di Pusat Pendidikan Persediaan Luar Negara, Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai persediaan menceburi bidang fizik di Universiti Sains dan Teknologi, Jordan, 14 September ini atas tajaan Bank Negara.


p/s : InsyaAllah Abang Qayyum akan kerumah adik Madihah dengan kak Wanie serta adik-adik. Doakan semoga berjalan lancar.

Pengenalan Suara dari Kumpulan Nasyid Far East

Petua membaiki Suara

Anda teringin bersuara merdu? Tentu jawapan anda YA…tetapi bila mengenangkan kemampuan diri, kadangkala timbul rasa rendah diri… “Tak apalah. Suara sedap pun buat apa. Bukan nak guna sangat. Ni dah boleh bercakap pun syukur.”…mungkin terkeluar kata-kata ini daripada mulut anda..
Tapi, benarkah ada kaedah untuk membaiki suara?? Jawapan beta; YA.. ada.
Anda MESTI membaca Tips-tips di bawah samada ‘meninggalkan terus’ atau ‘mengurangkan’… bergantung pada diri sendiri laa. Kalau anda serius, tinggalkan terus lagi bagus. Jangan...

1) Merokok..
2) Makanan berminyak. Cth:- Mee Goreng (yang banyak minyak) atau karipap (serap minyak..)
3) Makanan bergetah / termasuk air buah yang bergetah.
4) Minuman ber ‘kaffin’ macam kopi, nescafe, macam-macam jenis kopi segera dan sewaktu dengannya.
5) Coklat-coklat… (apa jenis sekalipun…mahal ke..murah ke..)
6) Air klorin.. (usahakanla minum air yang bertapis)

Petua Menjaga Suara

1) Bangun tidur pagi-pagi, minum air masak kosong sebelum gosok gigi. Sebaik-baiknya suam-suam sikit (eii gelinyer…!! ada antara anda ungkapkan macam tu… Beta bagi petua jer. Lagipun, yang minum mulut sendiri..)
2) Sediakan Teh Papermint ataupun Teh Pudina. (Boh ada keluarkan tapi kalau dapat daunnya yang segar lagi bagus.) Bancuh dengan madu lebah asli, suam-suam.
3) Belajar menjerit (bukan Luar Kawalan yerrr..), di dalam sebekas air. Jangan mengaji tapi gunakan ..” Laa..Laa..Laa..”.
4) Ohh..lupa nak bagitau.. Lepas minum air pagi-pagi tadi, mestilah nak gosok gigi. Lepas kumur-kumur cuci mulut, lepas gosok gigi, sebelum berwuduk Solat Subuh, masukkan air dalam hidung. Tarik air masuk guna hidung, dalam-dalam. Pastu cuba keluarkan ikut mulut seberapa banyak yang mampu.
5) Tulang bahu & tulang belakang memainkan peranan menampung udara-udara nafas kita. Cuba kawal pergerakan badan semasa membaca Al-Quran.
6) Duduklah dengan tetap dan seimbang. Duduk Tahiyat Awal = tak seimbang.

Kalau Suara Tak Elok Jugak?

1) Mungkin ada masalah kerongkong. = kena operation sikit kat doktor tekak.
2) Mungkin masalah kahak banyak sangat. = kena buangla. Cara terbaik herba-herba traditional la.
….. Rasanya cukuplah tu,nnti kita kongsi lagi yer…

Thursday, August 13, 2009

Kehilangan Sebutir Permata Berharga

Disaat ratapan terakhir ahli keluarga arwah

Disaat arwah masih segar berbicara

Semasa sesi rakaman takbir raya 04 Ogos 2009

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan. Arwah dikatakan sakit jantung. Sama-sama kita doakan arwah selamat didunia dan akhirat.

Kali terakhir bertemu arwah ketika sama-sama merakamkan takbir raya Astro Oasis di Masjid Al Falah Subang Jaya pada 04 Ogos 2009 lepas. Bagaikan 1 kejutan pada diri.

Wednesday, August 12, 2009

Penangan Seorang Sahabat

Salam kepada pembaca yang setia. Aku mahu ceritakan perihal seorang sahabat yang sentiasa memberi pemujuk yang setia dikala aku merajuk dek kerana perbuatannya. Syukur pada Allah kerana memberi kelonggaran pada diri supaya mengenali hati budi sahabat ini. Walaupun beliau jauh dimata tetapi amat dekat dihati. Sahabat, seorang graduan bakal guru tempatan. InsyaAllah. Langsung tidak ada dalam dirinya erti penat lelah bersahabat denganku.

Beliau seorang yang pendiam dan sentiasa pemalu pada orang lain. Ini yang selalu aku tekankan pada diri ini dan dirinya supaya jangan mengusai malu pada tempat yang betul. Qirana Ain, nama yang diberi kedua ibu bapanya sudah mencerminkan dirinya seorang yang patuh dan taat pada orang tua. Nama yang cukup sinonim dengan perbuatan dan amalan yang baik seperti itu, InsyaAllah. Siapa sangka, nama yang baik itu lahir dari negeri yang jauh. Diibaratkan jika kita lemparkan ditengah lautan, insyaAllah ianya menjadi sebuah pulau yang begitu indah sekali. Siapa sangka. Aku begitu malu dan tunduk padanya yang begitu zuhud, ceria dan mudah didekati. Kesunyian yang aku hadapi diisi oleh sahabat sepertinya. Alhamdulillah, beliau dikurniakan akal fikiran yang baik untuk terus beruasaha mencapai matlamatnya. Moga Tuhan merahmatinya selalu.

Bukan mudah mencari khalifah yang berjuang atas dasar Islam dihatinya. Bukan mudah juga kita memiliki mutiara yang begitu bernilai dikala orang masih membuangnya begitu sahaja. Coretan seorang sahabat kepada sahabatnya, Qirana Ain. Syuqran jazilan kathira.

Kala subuh telah bersinar
Daku datang untuk berdoa
Kala sang suria bersinar memancar
Daku datang sujud dan memuja

Hidupku pasrah kepada Mu
Ibadahku hanya untuk Mu
Ku sebut nama Mu Allahhu Akbar

Ku harap pada Mu semata
Sebelum jasad menjadi tanah
Hapuskan segala dosa
Disengaja atau tiada

Tuhanku ku pohon restu Mu
Perjuanganku hanya untuk Mu
Kusebut nama Mu Allahhu Akbar

Ku harap hidayah dari Mu
Dalam menempuh jalan hidupku
Cintaku hanya untuk Mu
Kebahagiaan yang ku harapkan

Tuesday, August 11, 2009

Menyelongkar Lubuk Kasih Seorang Insan


Betapa sukarnya diri ini untuk menyelongkar hati insan yang kusayangi yang selama ini ku doakan pada mereka atas dasar cinta dan taat. Sungguh besar pengorbanannya pada diriku selama ini. Aku begitu sanjung akan dirinya walaupun berat sekali untuk meluahkan kata-kata rindu. Begitu kecil diriku untuk membalas segala jasanya yang melimpah ruah sedangkan aku selalu menyakitinya.

Ayah, maafkan anakmu ini dikala aku masih berdegil. Ibu, ampunkan segala dosa yang ku lakukan ketika sedar mahupun tidak. Aku masih diawangan sedangkan dosaku terlalu banyak mencurah. Aku tidak sempat mengucapkan kata maaf kerana mereka telah pergi meninggalkan adik beradiku. Walaupun aku menangis air mata darah sekalipun belum pasti jasadnya hidup kembali seperti sediakala. Mereka pergi dengan aman, tiada siapa untuk berteman, aku sering kali menangis kesepian, pergi mencari rezeki keseorangan, hidup menagih simpati senantiasa. MasyaAllah!

Bukan mudah untuk mencapai langit yang tertinggi. Aku terkapai-kapai diawangan dek terlalu kerdil diri ini. Bagaiamanakah cara untuk aku menebus segala dosa pada mereka? Ya Allah aku kebingungan. Aku sering bertanya pada diri sendiri. Hanya aku sahaja yang mengetahui jawapannya. Engkau sahajalah yang dapat memberi ketenangan didalam jiwa. Aku terus berdoa dan berdoa pada mereka semoga rohnya kekal bersemadi dengan aman. Alfatihah aku kirimkan.

p/s : Suratan hati pada masa yang tidak terhingga kelak.

Bagaimanakah Hijab Di Mata Para Muslimah?

Gambar Hiasan

Salam kepada pada pembaca. Kita boleh membuat andaian bagaimanakah hijab para wanita didunia. Alangkah sedihnya kita sebagai umat Islam.

Thursday, August 6, 2009

Rakaman Takbir Raya 2009



Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa Allah swt atas kurniaan dan kesempatan saya dan krew terlibat didalam rakaman ini pada 4 ogos 2009 lepas di Masjid Al-Falah Subang Jaya. Antara selebriti yang hadir adalah Ustaz Asri Rabbani, Ustaz Akil Hayy Rawa, Azwan Far East, Inteam, Ustaz Dzulkarnain (Kalam Suci, Astro Oasis), imam masjid dan geng KTI sendiri. Diatas ini saya selitkan beberapa gambar untuk tatapan semua. Saksikan kami pada 1 Syawal di Astro Oasis. InsyaAllah.