Tuesday, January 25, 2011

Aku dan Nasyeed

Lagu nasyid pertama yang saya dengar ialah Puji-Pujian, nyanyian Raihan.

Album nasyid pertama yang saya beli ialah album Raihan.

Fan club nasyid yang pertama saya sertai ialah Komuniti Sahabat Hijjaz (KSH) dan saya sudah memiliki kad ahlinya beserta diskaun yang ditawarkan.

Artis nasyid pertama yang follow blog ini iaitu abang Azadan dari Rabbani.

Artis pertama yang makan semeja (sebelah saya) ialah
Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani.

Artis pertama yang melepak ditepi jalan sambil makan char kueh tiow goreng di Pantai Dalam iaitu Hijjaz dan Syifa'. Waktu itu seusai program di RTM Angkasapuri kalau tak silap. Terima kasih abang-abang Syifa' kerana belanja.

Artis pertama yang mengajak main bowling bersama iaitu Inteam tapi saya tak minat main bowling ketika itu so Inteam jer main. Waktu itu, Inteam ada program di Kelantan sebelah malamya (di stadium Muhammad ke IV). Kami main di Pacific Bowl KB Mall.

Saya sertai Komuniti Sahabat Hijjaz ketika itu belum wujud lagi KTI,FU,KJU dan lain-lain

Lagu nasyid pertama yang saya nyanyi berkumpulan ketika menyertai kumpulan nasyid IPT ialah Kau Sahabat Kau Teman dari Hijjaz sehinggakan ada beberapa wanita menitiskan air mata.

Lagu nasyid terakhir yang saya nyanyi berkumpulan ketika di KIAS, Nilam Puri pada tahun 2010 bersama kumpulan One Deen.

Album pertama yang saya rakamkan bersama sahabat-sahabat semunyid iaitu album Satu Destinasi pada tahun 2010 (InsyaAllah akan diterbitkan awal Februari 2011).

Konsert nasyid pertama yang saya tonton secara live adalah Konsert Hijjaz (lupa dimana tapi area Kuala Lumpur).

Artis nasyid pertama yang saya jumpa secara live adalah abang Abai dari Hijjaz yang merupakan Presiden KSH pada tahun 2006.

MTV Karaoke nasyid pertama yang saya beli adalah MTV Karaoke Hijjaz (lupa tajuknya).

Artis nasyid pertama yang saya dapat nombor telefonnya ialah abang Abai Hijjaz (kalau tak silap saya). Itupun atas sebab program KSH suatu ketika dahulu. Rindu pada abang Abai.

Rumah artis nasyid pertama yang sempat saya 'tumpang tidur' dirumahnya adalah rumah Taqiuddin dari NICE.

Rumah artis nasyid terakhir yang saya kunjungi adalah rumah keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani di Shah Alam (memberi sumbangan bersama rombongan KTI).

Kali terakhir berjumpa
Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani sewaktu sama-sama rakaman takbir raya pada tahun 2009 di Masjid A-Falah PJ. Ketika itu juga ada kumpulan Inteam, Azwan Far East, Ustaz Dzulkarnain (Kalam Suci), Ustaz Akill Hayy, sahabat-sahabat KTI dan jemputan yang lain.

Kereta milik artis nasyid yang pertama saya naiki ialah kereta Estima milik Amin Inteam. Waktu itu beliau mengambil saya di stesen Sg. Buloh ke pejabat IRSB. Terima kasih abang Amin.

Artis pertama yang mengajar saya tentang vokal nasyid iaitu abang Isman Hijjaz sewaktu impian ingin memasuki Akademi Nasyid dahulu kala tidak tercapai (sedih sangat).

Artis nasyid luar negara yang pertama saya jumpa ialah Maher Zain (2010) sewaktu menyambut beliau di KLIA bersama Inteam, Maher Zain Fun Club, TV3, TV9 dan lain-lain.

Artis nasyid yang banyak memberi nasihat dan dorongan pada saya tentang nasyid adalah Taqiuddin NICE, abang Amin Inteam, abang Isman Hijjaz dan abang Zidan Syifa'.

Artis pertama saya naiki motosikalnya iaitu abang Zidan Syifa' (Gold Wing 1000cc). Kami membonceng dari KL Sentral-Damansara (dahulu pejabat Saujana+Syifa' dan sekarang kepunyaan pejabat IRSB).

Rumah artis nasyid pertama yang sempat diziarah adalah rumah abang Amin Inteam.

Saya pernah naik 1 kereta dengan abang Amin Inteam, abang Syah Inteam dan Taqiuddin NICE.

Artis nasyid pertama yang saya dapat berbual dalam telefon ialah abang Abai Hijjaz berkenaan program KSH.

Artis Malaysia pertama yang datang melawat kerumah saya iaitu Ejam (drummer Bunkface+CODA).

:: semoga berjaya industri nasyid Malaysia ::

Sunday, January 16, 2011

Maher Zain Live In Concert

Tapak niaga & kedudukan cluster
------------------------------------------------------------------------------------------------

Venue :
Malawati Stadium, Shah Alam

Dates :


25th & 26th February 2011


Time:


8pm onwards


Ticket Price :


RM 297.00, RM 253.00, RM 203.00, RM 103.00 and RM 53.00

Info tambahan : Jika sesiapa yang berminat, boleh PM saya di Facebook untuk mendapatkan tiket. Siapa cepat dia dapat!