Alhamdulillah, 18 Oktober 2009 berlangsung satu program iaitu Sayembara Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka 2009 yang berlangsung di Gelanggang Seni Kota Bharu. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan program ini, ianya melibatkan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan terbuka. Pelbagai gelagat adik-adik dari sekolah rendah membuatkan saya terpesona seketika. Tahniah kepada pemenang.
Monday, October 19, 2009
Sunday, October 18, 2009
Aktiviti Di Hujung Syawal
Dihujung Syawal begini, rumah dan pejabat terbuka menjadi-jadi. Di pejabat saya bekerja, jabatan-jabatan banyak sponsor bajet makanan di hujung Syawal ini. Almaklumlah, raya setahun sekali. Besar-besaran mereka adakan jamuan, ala hotel. Lihat jadual saya pun penuh dengan jamuan sana-sini. Aktiviti dirumah seperti biasa, mengemas rumah, berkebun dilaman dan membasuh pakaian yang bertimbun membuatkan diri saya rebah kepenatan seketika.

Makanan sesi petang di hujung minggu bersama keluarga sebelum berkebun
Thursday, October 15, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Monday, October 12, 2009
Beraya di Rumah Akhi Amin
Wednesday, October 7, 2009
Tahniah Diucapkan
Tuesday, October 6, 2009
Monday, October 5, 2009
Datuk A. Samad Said
A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura, sebelum melanjutkan pelajaran tingginya ke Victoria Institution, juga di Singapura. Atas jasa dan khidmat bakti beliau dalam bidang kesusasteraan Melayu Malaysia, beliau dianugerahkan pelbagai hadiah dan penghargaan seperti Anugerah Pejuang Sastera (1976), S.E.A. Write Award (1979) dan Anugerah Sastera Negara (1985). Pada tahun 2003, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.p/s : Sungguh rindu pada beliau. Sebelum sedekad dahulu, saya bersama ayah pernah bertemu dengannya, sewaktu kecilku. Dia bagaikan ayahku yang kedua.
Subscribe to:
Posts (Atom)






