Sunday, March 28, 2010

Hari Terakhir Di Pesta Buku 2010

Alhamdulllah sudah hari terakhir rupanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC. Syukur pada Allah swt kerana memberi ruang waktu untuk saya kesana buat kali terakhir dan bersama sahabat-sahabat KTI yang lain. Ini merupakan hari yang paling istimewa dari hari-hari yang lain kerana saat inilah pertemuan terakhir bersama sahabat-sahabat KTI, bukan senang kami mahu berjumpa bersama begini. Kita lihat sahaja gambar-gambar yang sempat dirakam. Jika ingin melihat lebih banyak gambar menarik, sila ke Facebook saya.

Bersama abang Ar-Rijal KTI (kopiah kanan)

Bersama abang Syahril Inteam

Bersama Ustaz Amal

Cover album KTI & Hazamin Inteam

Thursday, March 25, 2010

Perasmian Nur Muhammad Bersama INTEAM & UNIQUE


bersama peminat dari KTI (saudari Wani)

Di pentas PWTC

Sempat menyambut hari lahir abang Syahril dari Inteam pada 25 Mac

Inteam di booth mereka D01, pesta buku 2010

Sunday, March 21, 2010

Sekitar Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010


Syukur pada Allah SWT kerana memberi kelonggaran untuk saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC. Saat saya sibuk menimba ilmu, sempat juga saya melepas peluang untuk melawat pelbagai gerai-gerai yang terpamer di sana walaupun seketika. Pesta Buku ini bermula dari 19 - 28 Mac 2010. InsyaAllah orang ramai boleh hadir kesana untuk mendapatkan buku-buku atau produk-produk ilmiah yang lain. Gambar ini diilham oleh abang Amin Inteam sendiri. Anda juga boleh melawat booth Inteam Publishing di gerai bernombor D01, berhampiran pintu masuk PWTC (kalau dari arah stesen bas Putra).

Kenangan abadi bersama Inteam

Wednesday, March 17, 2010

ALBUM NUR MUHAMMAD - INTEAM & UNIQUE


Sempena dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, bulan Rabiul Awwal ini, pihak Inteam Records dengan kerjasama UNIQUE Nasyeed & Training Consultant telah menerbitkan sebuah album Selawat dan Qasidah berjudul NUR MUHAMMAD.Album ini mengandungi 13 track yang terdiri daripada 10 lagu Selawat dan 3 alunan Qasidah.Album ini menampilkan Kumpulan Inteam dan Kumpulan Unique serta undangan saudara Syam dan Suhaimi. Album Nur Muhammad turut memuatkan kuiz yang menawarkan hadiah percutian ke Beijing bersama kumpulan UNIQUE.

Monday, March 8, 2010

Pesta Buku Antarabangsa PWTC


Tarikh :
19/3/2010 sehingga 28/3/2010


Masa :
10.00 pagi - 8.00 malam ( isnin-khamis )

10.00 pagi - 9.00 malam ( jumaat-ahad )

Lokasi :
Booth D01 ( booth Galeri Ilmu thn lepas )

Wednesday, March 3, 2010

Show Di Taman Tema Air Splash

Satu Persembahan Nasyid Amal SUF'FIAN bersama ADVICE dan ELHAM yang akan diadakan di Taman Tema Air Splash bersebelahan Kota Darul Naim pada hari Sabtu ini iaitu 06 Mac 2010 dari jam 4.30 hingga 6.30 petang. Semua dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan yang memberikan santapan rohani kepada kita.

Sunday, February 28, 2010

Coretan Buat Ibu Tercinta

Ibu yang berbaju hijau muda

Bila teringat watikah seorang insan yang disayangi setelah Allah & Rasul terasa ingin menitis air mata ini. Saya amat-amat rapat bersama ibu. Jika tiada ibu, apa akan jadi pada tempat saya menumpang kasih sepanjang hari nanti? Ya Allah panjangkan umur ibu ayahku. Ameen. Ibu, saya terlalu rindukan ibu. Gambar ibu sering berada didalam handphone saya. Saya telah buatkan wallpaper di muka hadapan handphone saya. Itu hanyalah perkara kecil cuma. Saya akan terus menyayangi ibu sepertimana ibu menyayangi saya. Ibu tempat saya mengadu, menumpang segala masalah saya kepada ibu dan yang paling penting adalah tempat dimana Syurga terletak. InsyaAllah kita akan bertemu di sana sebagai ganjaran utama wahai ibu.

Maafkan anakmu ini jika tersalah kata mahupun perbuatan yang tidak disengajakan. Anakmu akan terus berjuang dijalan Allah selagi termampu. Anakmu sekarang sedang berperang dengan ilmu duniawi dan insyaAllah sekaligus bersama ilmu ukhrawi. Anakmu ini tidak sekuat ibu tapi naluri ibu membuatkan anakmu ini membanting tulang 4 kerat di perantauan. Anakmu ini mendoakan kesejahteraan ibu didunia malah diakhirat dilebih-lebihkan. Cukup setakat ini coretan ringkas anakmu kepada ibu. InsyaAllah anakmu akan terus berdakwah dijalan Allah selagi termampu. Ameen.

Salam sayang dari anakmu,
Muhammad Qaf Qayyum Bin Mukhtar

Monday, February 22, 2010

Beriadah Bersama Saujana di USM Kelantan

Alhamdulillah pada 13hb Febuari, saya bersama beberapa kumpulan dari abang-abang Saujana, ADVICE dan Suff'ian telah dijemput untuk memeriahkan majlis sempena Belia Perkasa anjuran Pusat Islam HUSM Kubang Kerian Kelantan.
Seusai beriadah, kami santap menyantap

Bergambar seusai program

Bergambar sebelum program bermula

Antara peserta yang terlibat

Sunday, February 21, 2010

Latihan Nasyid Di Kelantan

Sesi bergambar setelah selesai latihan

Taqie bersama Syah NowY2

Saya bersama Syah dari kumpulan NowY2

Taqie bersama Hafizi dari kumpulan Suff'ian

Kenangan terindah bersama

Tuesday, February 9, 2010

Majlis Anugerah Siswa 2009 di Kampus Kota

Bacaan doa pemula majlis olehku sendiri

Antara VVIP yang datang menceriakan majlis

Kumpulan Caklempong dari UniKL MICET

Antara pasukan yang berjaya menerima anugerah. Gambar diatas adalah pasukan bola sepak dari UniKL Kampus Kota
Pasukan dari Aries berjaya memenangi 2 anugerah pada malam tersebut