Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya | Maaf Zahir dan Batin


Sempat beraya pertama dirumah saudara di Ketereh, kelantan. Pose selamba di batang pokok kelapa yang rendang. Raya tahun ini, saya tidak beraya sakan cuma ala kadar sahaja. Hari pertama sahaja, tiga buah rumah saya singgah, penat amat sangat. Sebelah malamnya, saya kerumah tunang saya di Pasir Mas.

Salam lebaran diucapkan pada semua muslimin dan muslimat. Berakhir sudah Ramadhan yang kita agungkan. Salam jua kepada seluruh sahabat dari Komuniti Sahabat Hijjaz [KSH] yang begitu komited dalam menjalani tanggungjawab masing-masing. Saya selaku moderator KSH juga berbangga dengan sokongan dan penglibatan anda terutama Hijjaz Record Sdn. Bhd sendiri. Terima kasih seadanya.

Pertandingan Nasyid Universiti Kuala Lumpur 2008

Salam alaik. Baru-baru ini berlangsungnya pertandingan nasyid anjuran Hal Ehwal Mahasiswa [HEMs], Kelab Perkim UniKL dan juga kumpulan nasyid Dainurii sempena bulan ramadhan yang mulia. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman blog : www.dainurii.blogspot.com

Teratak Baru Hijjaz di Astana Dugang Country Resort pada 16 September 2008


Ramai artis dan media datang memberi sokongan seperti kumpulan Hijjaz, Mestica, Syifa', dan El-Hikmah. Turut diundang juara Akademi Nasyid, saudara Azhan Atan bagi memeriahkan majlis tersebut. Gambar diatas, kumpulan Syifa' mempersembahkan lagu barunya.

Ini antara juadah yang tersedia sempena berbuka puasa serta perlancaran teratak baru Hijjaz Trade Corporation Sdn Bhd di sana.

Sebahagian sahabat saya yang sudi datang mengimarahkan masjlis. Dari kiri : Izhan, Ustaz Norsazali Abdullah, Syafiq, Mustakim dan juga Faizul.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web : Teratak Hijjaz Trade Corporation Sdn. Bhd. (HTC)

Monday, September 1, 2008

klip video "Ku Berserah" dari Fitri UNIC



Temubual antara Soffyan Bin Abdul Halim / Md Fitri Bin Md Haris.



Lagu yang dinyanyikan oleh Md Fitri Bin Md Haris.