Friday, October 31, 2008

Program Sahabat IKIM.fm dan Sahabat Hijjaz

Saya menerima sijil petugas sebagai AJK menjalankan program Projek Amal 2007 baru-baru ini. Terima kasih kepada abg Ariffin selaku Presiden Sahabat Hijjaz sesi lepas. Syuqran.

Saya (berbaju merah jambu) bersebelahan designer di HRSB (berbaju oren), sahabat Hijjaz, Sahabat IKIM.fm dan artis-artis Hijjaz record Sdn. Bhd seperti Hijjaz, Mestica, UNIC, Aeman, Syifa', Amar, Saujana, Mirwana serta DJ IKIM.fm bagi memeriahkan majlis tersebut di Hotel KL pada iftar 2007.

Saya dan sahabat handai mengadakan program Projek Amal 2007 bersama anak-anak yatim
di Selamgor Darul Ehsan.

Saya (berbaju puteh) bersama sahabat IKIM.fm. Disebelah saya adalah staf bahagian promosi
Hijjaz Record Sdn. Bhd. (HRSB), saudara Muaz.

Thursday, October 23, 2008

Jamuan Hari Raya Kampus Kota 2008

11.45 am 23 Oktober 2008 | design by : QayyumDAINURII
Klik pada gambar untuk gambaran lebih besar

Salam lebaran dihulurkan kepada pembaca budiman. Gambar diatas dicandid ketika majlis jamuan hari raya 2008 di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Ramai jemputan datang memberi sokongan serta menjamu selera. Alhamdulillah, persembahan pada hari tersebuat amatlah meriah, terpesona dan gemilang. Antara artis-artis UniKL yang terlibat menjayakan majlis adalah seperti berikut, kumpulan nasyid Dainurii, Kelab SUARA Group dan zapin. Gambar diatas juga adalah serba sedikit tentang suasana majlis tersebut berlangsung. hanya selingan sahaja serta tatapan umum.

Sunday, October 19, 2008

Rumah Terbuka Munsyid 2008



08:50 am 31 Oktober 2008 | design by : QayyumDAINURII
Klik pada gambar untuk gambaran lebih besar

Salam lebaran. Pada 19 Oktober 2008, selesai sudah rumah terbuka Munsyid seperti Hijjaz, Raihan, Rabbani, Inteam, Fareast, Saujana, UNIC dan Syifa' telah berlangsung di Kota Damansara jam 11 pagi - 4 petang. Ramai peminat serta rakan-rakan artis berkunjung abgi memeriahkan majlis seumpama ini. Saya tiba agak lewat sekitar jam 2 petang kerana kesulitan peribadi. Program dimeriahkan dengan persembahan artis nasyid, mencukur rambut bayi dan perlancaran kisah animasi Islam versi Arab. Selamat menyambut lebaran al-mubarak.

Thursday, October 16, 2008

Sambutan Hari Raya 2008

Salam lebaran diucapkan kepada pembaca blog ini. Semalam (15 Oktober 2008) sempat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengadakan rumah terbuka 2008 di kediaman siswi di Jalan Riong. Ini antara gambar-gambar yang saya sempat candid dan kami juga dialukan membuat persembahan bersama artis-artis UniKL yang lain. Pada malam tersebut, Dainurii juga semapt membuat persembahan di hadapan 500 orang pelajar termasuk juga VVIP yang datang.

Wednesday, October 15, 2008

Hijjaz Legend Travel


Hijjaz Legend Travel milik Hijjaz memperkenalkan Pakej Umrah AT-TA'AWUN (tolong menolong) dgn hanya RM2990 sahaja. Syaratnya anda hanya perlu dptkan 5 orang dlm pakej yang sama dgn anda, dan setiap jemaah akan menikmati duit kocek sebyk RM500 seorg semasa pergi dan akan menikmati pakej berniaga bersama Hijjaz setelah pulang dari umrah. Mendaftarlah sekarang untuk menikmati pakej yang begitu murah yg belum anda dengar dimana-mana. Umrah mudah pergi semudah MMS, MURAH MUDAH DAN SELESA. Sila call HIJJAZ Di Talian 03-61408280/81, jika berhajat. Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari Hijjaz Legend Travel Terima kasih.

"TENANGKAN JIWA DALAM IBADAH"