Tuesday, November 10, 2009

Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2009 Peringkat Negeri Kelantan

Ayah bersama pemenang dan anak didiknya, Wee Vi Vian

Sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar SMJK Chung Hwa, Kota Bharu kerana memperoleh kemenangan berganda dalam sayembara peringkat negeri Kelantan ini yang diadakan di Taman Budaya, Kota Bharu anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Negeri Kelantan pada 16 Mei 2009. Syabas kepada pelajar dan mereka yang di sebalik tabir kejayaan mereka!

Johan : Wee Vi Vian - RM 800.00 (Sijil + Plak)
Naib Johan : Chua Geok Khim (5S2)- RM 600.00 (Sijil + Plak)
Ketiga : Wee Hui Yin (u6A2) - RM 300.00 (Sijil + Plak)
Sagu Hati : Bethanny Wang(5S2), Gan Wai Ying,(4S4) Foo Mei Ai, (4S1) Gan Rick Kye(L6S), Ng Yih Tze (5S2) , dan Lim Wei Tzen(U6A2) serta Kak Ton.

Adik Wee Vi Vian akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Harapan kami agar kejayaan Vi Vian ini akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih gemilang.


Sumber : ganos

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
- Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA
- Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KETIGA
- Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEEMPAT
- Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka."

BARISAN KELIMA
- Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEENAM
- Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
- Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KELAPAN
- Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEMBILAN
- Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH
- Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS
- Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya. Wallahua'alam.

Saturday, November 7, 2009

Selamat Hari Lahir En. Hazamin Harun


Selamat hari lahir pada pendakwah muda yang bernama Muhammad Hazamin bin Harun (Amin INTEAM) yang telah mencecah 29 tahun. Genap 7 November 2009, syukur alhamdulillah pada yang Esa kerana telah memberi kelonggaran hidup yang kepadanya yang berpanjangan serta dimurahkan rezekinya sehingga kini. Tidak lupa juga kepada zaujahnya, Kak Aini yang begitu baik, tulus serta prihatin padanya+keluarga dan yang paling penting memahami tugas beliau seorang pendakwah di dunia ini. Syuqran.
p/s : Sumber gambar : ainiAmin dan KTI

Thursday, November 5, 2009

Usrah Bersama Ustaz Umar ABIM



Alhamdulillah semalam sempat saya bersama sahabat-sahabat saya berusrah dirumah Ustaz Umar dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Disitu kami berta'ruf dan mendapat banyak info daripada Ustaz Umar sendiri. Usrah ini kami jalankan setiap hari Rabu dirumahnya. InsyaAllah segala pertanyaan dan perkongsian bersama Ustaz dapat dipraktikkan dari masa ke semasa. Antara isu yang dibangkitkan oleh Ustaz Umar adalah berkenaan dakwah kepada orang Islam dan orang bukan Islam serta bagaimana perlaksaannya. Antara sahabat saya yang hadir adalah Hafizi (kumpulan nasyid Suf'fian), Shah (kumpulan nasyid MISK), Farid Nor (DJ Radio RMK) dan anak Ustaz Umar sendiri, Abdullah. Sekadar perkongsian saya bersama pembaca.

Wednesday, November 4, 2009

6 Tip Nyanyian Hebat

Menyanyi adalah sifat semulajadi yang ada dalam setiap naluri manusia.Nyanyian juga sejak beribu-ribu tahun dahulu menjadi tunjang kepada peradaban manusia,kesenian,keagamaan dan yang paling ketara dalam percintaan.Kita tidak semua lahir dengan kebolehan menyanyi,walaubagaimanapun dengan latihan yang betul dan sesuai setiap orang BOLEH menyanyi.Berikut beberapa tips untuk menyanyi dengan cara yg betul bagi mempersiapkan anda untuk menyanyi secara profesional,ke audition atau di karaoke dan juga menyanyi di bilik air.

1.Kawalan Pernafasan

Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan nafas ketika menyanyi.Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja nafas anda mengalir seperti biasa,jika tidak anda akan merasakan kesukaran untuk mencapai note tinggi dalam nyanyian anda..senang cakap terkehel bila nak tarik..
Untuk itu anda harus beajar satu cara pernafasan yang dipanggil diaphragmatic breathing.Teknik pernafasan ini adalah dengan menarik nafas masuk ke dalam paru-paru anda yang bawah sekali.ooo ada yang garu kepala dah...Ok senang cerita macam ni jer,cuba baring melentang atas katil kaki lunjur,kemudian letakkan tangan kanan anda diatas dada sebelah atas dan tangan kiri anda diatas dada sebelah bawah(dekat tulang rusuk). Bila bernafas pastikan tangan kanan anda diatas dada sebelah atas tidak bergerak,manakala tangan kiri diatas dada sebelah bawah bergerak keatas dan kebawah

2.Perkembangkan Suara Asli Anda

Bila menyanyi anda dengan cara tak sengaja akan terikut-ikut cara nyanyian penyanyi asal,fenomena ini berleluasa di Malaysia suatu waktu dulu dimana ramai yang meniru suara Jamal Abdillah begitu juga dengan Dato'Siti Nurhaliza.Ini adalah tidak bagus jika anda hendak menjadi penyanyi yang hebat.Untuk menjadi hebat anda kena atau mesti mempunyai identiti suara anda sendiri,pendekata anda kena ada trademark anda sendiri.Untuk cuba lari dari terikut2 ni cubalah menyanyi lagu yang anda kurang minat dengan penyanyi nya atau anda langsung tak pernah dengar pun lagu serta penyanyinya.Mulanya anda akan merasa kurang selesa,jika anda cuba sekerap yang mungkin lama-kelamaan ianya akan menjadi biasa dan sedikit demi sedikit anda akan nampak keaslian suara anda,mat saleh cakap original!

p/s Tips ini memerlukan kesabaran dan latihan serta memakan masa sedikit

3.Latih Diri Anda Beremosi

Nyanyian dan muzik adalah bersangkut paut dengan emosi.Sesebuah nyanyian mengutarakan sebuah cerita,warna,perasaan,kesedihan dan kebahagian etc.
Dengan hanya setakat mengenal nota-nota muzik dan pandai menyanyi sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penyanyi hebat.Anda harus pandai mengawal emosi anda!
Setiap lagu yang ingin dinyanyikan harus diteliti dan difahami isi kandungan dan ceritanya,apakah emosi dalam lagu itu?apakah emosi dalam melodi lagu itu?ini semua harus dikaji.Biasa orang cakap kita kena 'feel' kan lagu tu baru lah sedap.
Bila emosi berjaya dengan kemahiran vokal yang ada maka lengkaplah nyanyian.

4.Menyanyi Depan Cermin

Cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vokal anda..bunyi macam tak logik bukan..Tapi ini lah hakikatnya.Dengan menyanyi dihadapan cermin anda sendiri dapat meihat posture badan anda sewaktu menyanyi(ini amat penting ketika menyanyi)expresi muka dan mulut serta teknik pernafasan anda.Cuba berxperimen depan cermin dengan menyanyi dengan membongkok,tak buka mulut dengan sepatutnya dan cuba menyanyi dengan berdiri tegak dan membuka mulut dengan sepatutnya.Dont be surprised anda akan selesa menyanyi bila anda berdiri tegak sambil menyanyi dengan membuka mulut dengan sepatutnya.Itulah kegunaan cermin!

5.Berhenti

Ok yang ni mungkin agak berat sikit bagi sesetengah orang untuk mempraktikkanya..Namun untuk menjadi penyanyi yang berkaliber anda kena berhenti merokok,cakap dengan menjerit atau suka menjerit-jerit(ada ke orang macamni)dan kurangkan meminum ais beberapa jam sebelum anda menyanyi.Saya tak kan kupas bab ni kerana bersangkut-paut dengan tabiat manusia,saya dah bagi tahu jadi pandai-pandailah yer..

6.Latihan, Latihan dan Latihan

Nyanyian jika tidak diasah atau dilatih takkan membawa anda kemana-mana.Dengan berlatih anda akan mengenali kelemahan dan kelebihan suara anda,anda juga dapat kenalpasti lagu yang bagaimana selesa dengan anda,juga dengan latihan anda boleh berexperimen dengan suara anda,cuba cabar suara anda ketahap yang diluar kemampuan anda,dengan cara ini suara anda menjadi flexible dan mungkin anda boleh jadi versatile singer.Ambil kesempatan untuk menyanyi dimana-mana sahaja,rasakan keseronokan menyanyi dan cuba menyanyi dihadapan rakan-rakan secara tak langsung atau secara langsung dan dapatkan komen dari mereka,jikalau komen-komen yang diterima membanggakan maka anda sudah bersedia untuk ke tahap seterusnya.

Sunday, November 1, 2009

Belajar Vokal dan Tarannum Dari Sahabat

Gambar sekadar hiasan

Alhamdulillah pada Allah SWT kerana memberi kelonggaran untuk saya belajar apa yang dikatakan hobi pada saya iaitu belajar vokal lagu (nasyid) dan bertarannum. Baru-baru ini sempat saya ke studio Suffian mempelajari teknik-teknik vokal yang baik dan berkesan. Memang ada kekurangan serta kelemahan pada diri saya tetapi atas dasar minat dan hobi saya menyanyi maka ianya tidak akan menghalang saya terus bergiat didalam industri nasyid.

Antara muka-muka yang bergabung didalam mempelajari teknik vokal adalah
Shah (kumpulan NowY2 (sebutan Nawaitu)), Taqiuddin (NICE), abang Firdaus (abang Taqiuddin dari kumpulan MISK), Shah (kumpulan Kasturi) dan Hafizi (kumpulan Suffian). InsyaAllah dengan dorongan mereka, saya mampu belajar teknik-teknik ini dengan lebih baik. Terima kasih kepada mereka. Jasa mereka akan terus dikenang.