Friday, August 8, 2008

Igauan Silam 2007/08

Saudara Izhan dan Mustakim, anggota Dainurii yang pergi ke show di UiTM Shah Alam baru-baru ini bagi memeriahkan majlis tersebut.

Gambar diatas ketika ke Singapore, Bandaraya Singa. Pergi sana memang seronok, suka tengok tempat orang. Alkamklumlah, pergi pun seharian jer, kami menginap di UTM, Skudai. InsyaAllah, plan nak kesini lagi tp disana memang mahal sangat barang dia. Mestilah berjimat selalu kalau nak kesana.

Program semasa ke Pusat Serenti Sg. Besi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Malam itu, kami dihiburkan dengan show Saujana. Saujana ketika itu masih belum mengenali saya lagi.


Bersama Inteam pada tahun 2007 semasa show di UKMKL. Sengaja bergambar kerana terlalu cintakan nasyid. Syukur pada Allah swt kerana memberi peluang bergambar walaupun sekejap. Akhi-akhi Inteam memang baik dan peramah. InsyaAllah, ada masa kita boleh jumpa lagi di lain masa kelak.

Sebuah akhbar tempatan sewaktu saya bergiat bersama Kelab Perkim UniKL suatu ketika dahulu. Sebenarnya, saya tidak langsung mengetahui ada kamera disitu. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih ada orang sanggup beramal untuk membebankan rakyat yang miskin dan sebagainya. Terima kasih jua kepada pihak Perkim Kebangsaan dan Kelab Perkim UniKL sesi 2008. Saya terhutang budi dibuatnya. Jazakallah kathira semua yang terlibat.

Bergambar bersama Ustaz Asri dari Rabbani semasa program Maulidur Rasul 1429 H lepas. Saya sebagai pengarah program sengaja menjemput ustaz kerana kami yakin ustaz mampu memberikan yang terbaik. terima kasih ustaz. InsyaAllah kami jemput lagi.

Errmm..ni bersama Frizdan dari Inteam Record Sdn. Bhd. Walaupun kami kali kedua berjumpa, beliau masih tidak mengenali saya lagi. Apa pun, saya mengucapkan gud luckz pada beliau kerana membuat lirik kesukaan ramai iaitu "PemergianMu" dan "Detik Kematian" dari Inteam. Tahniah diucapkan kepada saudara.

Terakhir sekali, wajah-wajah anak gemilang di AMIN, PICC pada 24 Julai 2008. Kami dari Dainurii mengucapkan tahniah kerana berjaya membuat suatu program berprestij seluruh negara. Dari kiri, Faizul, Izhan, Qayyum dan Mustakim. Zik dan Rifa'iee tidak hadir pada malam tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Alhamdulillah, memoriku kembali teringat pada kisah-kisah silam bersama mereka-mereka diatas. Syukur kerana dikurniakan ingatan yang mendalam serta kesihatan yang berpanjangan. Syuqran atas memori tersebut. InsyaAllah, kalau ada lagi saya akan kepilkan disini.

No comments: