Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya | Maaf Zahir dan Batin


Sempat beraya pertama dirumah saudara di Ketereh, kelantan. Pose selamba di batang pokok kelapa yang rendang. Raya tahun ini, saya tidak beraya sakan cuma ala kadar sahaja. Hari pertama sahaja, tiga buah rumah saya singgah, penat amat sangat. Sebelah malamnya, saya kerumah tunang saya di Pasir Mas.

Salam lebaran diucapkan pada semua muslimin dan muslimat. Berakhir sudah Ramadhan yang kita agungkan. Salam jua kepada seluruh sahabat dari Komuniti Sahabat Hijjaz [KSH] yang begitu komited dalam menjalani tanggungjawab masing-masing. Saya selaku moderator KSH juga berbangga dengan sokongan dan penglibatan anda terutama Hijjaz Record Sdn. Bhd sendiri. Terima kasih seadanya.

No comments: