Monday, November 3, 2008

Pejabat Baru Syifa' dan Saujana

Bergambar sebelum berpisah. Dari kiri (berdiri) : Fareez (nasyid.fm), abang Aizat (ketua kumpulan Syifa'), Yusri (nasyid.fm), abang Din (kumpulan Syifa') dan Kak Ikin dari Sahabat Hijjaz. Dari kiri (duduk) : Abang Pyan Saujana, abang Zahidan (vokalis Syifa') dan abang Azwan (kumpulan Syifa').

Abang Pyan Saujana menulis sesuatu di ceknya.

Saya dan abang Pyan Saujana semasa sesi ta'ruf (sebab sudah lama kami tidak ketemui).

4 anak dara dan seorang ibu (kak Ikin yang berbaju hijau) yang sudi datang memeriahkan pejabat yang sememanganya meriah.

Salam semua kepada pembaca budiman. Pada 1 November 2008 lepas, saya dan beberapa sahabat saya ke pejabat baru Syifa' dan Saujana di Kota Damansara. Tujuan kami kesana kerana ada jamuan serta dekorasi pejabat baru mereka. Kami tiba kesana jam 12 tengahari dan menunggu beberapa rakan artis datang seperti Pyan Saujana, Azalinor, anggota Syifa' yang lain bagi menjamu selera sebelum dekorasi. Abang Isman (ketua kumpulan Hijjaz) bersama keluarga, abang Munif Ahmad serta keluarga dan tetamu-tetamu jemputan yang ceria selalu.

Selepas membaca doa selamat dari abang Munif Ahmad, kami serbu menjamu selera dengan pelbagai hidangan. Ada juga yang hadir lewat seperti abang Frizdan (dari Inteam Record) dan abang Syamil (bekas staf HRSB). Di syarikat baru mereka, selain pengurusan RBI, mereka juga buka khidmat spa atau Syifa' Medic Spa. Gambar akan diupload kemudian. Harap maklum. Ini adalah link ke web baru Syifa' yang belum 100% siap : Syifa'

No comments: