Sunday, February 28, 2010

Coretan Buat Ibu Tercinta

Ibu yang berbaju hijau muda

Bila teringat watikah seorang insan yang disayangi setelah Allah & Rasul terasa ingin menitis air mata ini. Saya amat-amat rapat bersama ibu. Jika tiada ibu, apa akan jadi pada tempat saya menumpang kasih sepanjang hari nanti? Ya Allah panjangkan umur ibu ayahku. Ameen. Ibu, saya terlalu rindukan ibu. Gambar ibu sering berada didalam handphone saya. Saya telah buatkan wallpaper di muka hadapan handphone saya. Itu hanyalah perkara kecil cuma. Saya akan terus menyayangi ibu sepertimana ibu menyayangi saya. Ibu tempat saya mengadu, menumpang segala masalah saya kepada ibu dan yang paling penting adalah tempat dimana Syurga terletak. InsyaAllah kita akan bertemu di sana sebagai ganjaran utama wahai ibu.

Maafkan anakmu ini jika tersalah kata mahupun perbuatan yang tidak disengajakan. Anakmu akan terus berjuang dijalan Allah selagi termampu. Anakmu sekarang sedang berperang dengan ilmu duniawi dan insyaAllah sekaligus bersama ilmu ukhrawi. Anakmu ini tidak sekuat ibu tapi naluri ibu membuatkan anakmu ini membanting tulang 4 kerat di perantauan. Anakmu ini mendoakan kesejahteraan ibu didunia malah diakhirat dilebih-lebihkan. Cukup setakat ini coretan ringkas anakmu kepada ibu. InsyaAllah anakmu akan terus berdakwah dijalan Allah selagi termampu. Ameen.

Salam sayang dari anakmu,
Muhammad Qaf Qayyum Bin Mukhtar

3 comments:

Miss Zahidah Zakaria said...

kasih ibu, kasih ke syurga. InsyaAllah :)

Muhammad Qaf Qayyum Mukhtar said...

yer miss zaza. betul2

QiRaNa AiN said...

sy sayang ibu sy jugak..rindunye kat ibu sy bila baca post ni...