Tuesday, June 15, 2010

Pengisian Di Cuti Persekolahan


Salam kepada semua pembaca yang budiman. Sudah lama saya tidak menjenguk ke blog ini kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Semua ini hanyalah kerja dunia malah kerja-kerja akhirat masih banyak perlu disegerakan. Itulah kehidupan yang sebenarnya. Ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua, baru-baru ini sempat saya bersama sahabat saya berBBQ di pantai Bachok, Kelantan. Plan ini dirancang oleh sahabat saya, Wan Taqiuddin dan saya selaku pembantunya.

Sudah lama saya tidak ketemu sahabat saya malah didalam program malam itupun, saya sempat berkenalan dengan sahabat baru iaitu Asyraf dari kumpulan nasyid Nur One dan Afnan dari One Deen sendiri. Itu sudah membuatkan hati saya cukup gembira bila ketemu sahabat baru. Itu namanya semangat ukhwah sendiri sesama insan. InsyaAllah program ini akan berterusan dari masa kesemasa. Doakan semuanya selamat dan hubungan akrab kami terpelihara.
Ameen.

No comments: