Friday, November 12, 2010

Album Satu Destinasi


Cover album Satu Destinasi



Priview lagu Cita & Harapan dari Suffian


Salam kepada pembaca budiman yang dirindui selalu. InsyaAllah album Satu Destinasi (gambar) akan diterbitkan dalam bulan Januari 2011 nanti. Apa yang istimewanya album ini, ianya terdiri daripada penasyid-penasyid dari Serambi Mekah yakni Kelantan Darul Naim. Kumpulan penasyid-penasyid ini masih menuntut di IPT-IPT tempatan. 4 kumpulan terdiri daripada Suffian, Elham, Eltiezam dan One Deen, semuanya anak jati dari negeri Kelantan.

InsyaAllah semoga album ini dapat memangkin penasyid muda mengembangkan bakat mereka serta memajukan industri nasyid Malaysia bersama otai-otai seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam dan ramai lagi.Ini adalah album pertama dari negeri Kelantan dan antara kumpulan yang bergiat aktif sekitar negeri Kelantan mahupun diluar. Semoga album ini mendapat sambutan dari pelbagai pihak dan mendapat syafaat darinya. Ameen.

1 comment:

Mujahadah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar said...

salam..
tahniah..
semoga matlamat dakwah yang ingin disampaikan melalui lagu-lagu nasyid ini tercapai..