Thursday, September 10, 2009

Air mata Rasulullah – Detik - Detik Rasulullah SAW Menghadapi Sajaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak oran-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirinkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita.

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh.

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah ..Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Tuesday, September 8, 2009

Biskut Raya Yang Ditempah


Salam kepada pembaca. Biskut raya (foto) sengaja saya selitkan sempena Ramadhan yang mulia ini dan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi. Gambar diatas adalah biskut kacang dan london nut buatan mak. Snowy juga ada untuk dijual. Segala resepi biskut, mak sedara yang pandai membuatnya.

Selamat Pergi dan Pulang

Gambar ketika adik Madihah di pesta buku PWTC 2009

Sekalung tahniah kepada adik Nik Nur Madihah Bt. Nik Mohd Kamal kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di Jordan pada 14 September 2009. Sama-sama kita doakan pemergian dan kepulangan beliau ketanah air yang tercinta ini.

Saya terima SMS darinya seawal jam 3 petang semalam.
Terkejut dan terperanjat kerana terlalu awal beliau berangkat. Tidak sempat untuk saya ungkapkan kata-kata tahniah kepadanya. InsyaAllah jika berkesempatan, hari 10 September saya akan kerumahnya buat seketika di Kelantan.

Sunday, September 6, 2009

Cetusan Kenalan Pak Cik Pyan Habib


Pak cik Pyan Habib,
sewaktu aku kecil dikau menemui ayah
entah bila masa, aku lupa
cakapmu aku dengari dari ceruk telingaku
dimanakah engkau menghilang
kucari serata dunia
bagaikan jatuhnya diri ini
dan terus bangun menerjah arus dunia

Cetusan nadiku, Qayyum.

p/s : Pak cik Pyan Habib adalah rakan karib ayah. Sewaktu kecil, beliau sering kerumah berjumpa ayah. Teruskan karyamu yang bermutu pak cik. Aku biasakan panggil pak cik kerana beliau seusia ayah. Saksikan lakonan pendek beliau, "Lumpur".



Wednesday, September 2, 2009

Imam Terawih Masjid Al-Quddus Kota Bharu

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Amiri Bin Ab.Ghani

Pensyarah kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bagi subjek al-Quran dan ilmu Qiraat dan merangkap Penyelaras Pusat Kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam (PKPII), KIAS. Juga merupakan tenaga pengajar bagi Kursus Pengajian Ilmu Qiraat & Tarannum, KIAS. Beliau juga telah menerbitkan kitab yang berkaitan dengan qiraat iaitu ” Juzu’ ’Amma Menurut Riwayat Warsy Tariq al-Syatibi” dan " Nafahatul Jinan Fi Usul Riwayat Qalun".

Beliau juga pernah diundang menjadi imam terawih di Masjid Darul Makmur Yishun, Singapura 2005 – 2007. Bagi rancangan Akademi Quran (AQ)TV9, Peringkat Negeri Kelantan pada Febuari 2007 yang bertempat di Balai Islam, Kota Bharu, beliau menjadi juri bahagian Fasohah. Kelayakan akademik ;



- B.A Usuluddin Univ. Al-Azhar
- Ijazah Sanad Qiraat Sepuluh daripada Syaikh Ridha Salim Ali Sayyed Ahmad
- Ijazah Sanad Riwayat Hafs dan Qiraat Nafi' daripada al-Marhum Syaikh Mustafa bin Ahmad bin Abdul al-'Al al-Halawani.

p/s : Beliau imam terawih deakt rumah saya dan amat berbangga berjumpa dengan beliau. Bacaanya amat mempersona sekali. Anda boleh melayari blognya di Al-Tartil Centre

Tuesday, September 1, 2009

Persis Sebuah Nota

"Syukur pada Allah SWT atas kurniaan diri ini terus bernafas dibumiMu. Kadang-kadang diriku ini jauh dariMu, terpesong bagaikan dilimpah dosa yang tidak terhingga. Hadirkan hidayahMu untuk aku melengkapkan diri menjadi insan yang taat kepadaMu Ya Rob.

Diri ini tidak lengkap tanpaMu Ya Allah. Aku terus berdoa dan berdoa untuk memiliki takhta hidayah yang begitu tinggi darjatnya. Seandainya diriku ini rebah menghadap bumi, aku redha dengan pemergian diri. Aku mahu disamping kekasihMu, Muhammad SAW." Bisik hati kecilku.

Tepat jam 5 pagi ini aku bangun dari kamarku untuk bersahur seketika.
Sebelum azan subuh menjelma, aku tertarik untuk membaca kalam Allah bagi menunggu masuknya azan subuh. Alunan yang bersahaja, dengan tajwidnya yang agak kurang itu aku gagahinya juga dengan penuh kekusyu'kan pada Ilahi. Aku menadah tangan tanda aku bersyukur pada yang Maha Pencipta.

Apabila azan menjemputku bersolat, aku gagahi kakiku untuk terus mendapatkan masjid kerana aku tahu, solat berjemaah adalah terbaik bagiku. Aku adalah insan lemah selemah-lemahnya. Begitu juga ayahku yang aku merasakannya uzur, berjalan bersamaku terus ke masjid berdekatan. Adik beradikku yang masih terlelap aku kejutkan untuk solat bersama. Alangkah bahagianya bila aku melihat adikku berpakaian berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah puteh melangkah ke masjid.
Setiap langkah, ada pahalanya. Beginilah rutin harianku, semoga aku diberi hidayah serta kekuatan zahirku untuk aku mengadapMu Ya Rob.

Sebaik-baik anak pada kedua ibu bapanya adalah anak yang soleh dan solehah. Itu yang cuba aku terapkan didalam jiwa yang degil ini. Kau masukkan rasa cinta padaMu dan KekasihMu didalam jiwaku.
Ameen.

Thursday, August 27, 2009

Ustaz Asri Dalam Kenangan (UADK)



Pemergian Mohd Asri Ibrahim atau mesra disapa Ustaz Asri meninggalkan kesan yang mendalam di dalam industri muzik tanah air. Perjuangan Allahyarham di dalam kumpulan Rabbani yang ditubuhkan pada 1 Mac 1997 berjaya mendapat sambutan peminat dengan aluan zikir dan menyebarkan dakwah melalui irama nasyid yang diperjuangkan.

Sebagai mengenang perjuangan Allahyarham, TV3 menerbitkan program 'Ustaz Asri Dalam Kenangan' selama satu jam pada hari Jumaat, bersamaan 21 Ogos, jam 6 petang. Program ini akan memaparkan kompilasi persembahan kumpulan Rabbani sewaktu Malam Sinar Maulidurrasul 1428H (2007) dan Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H (2009) termasuk persembahan duet mereka bersama Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi.

Penonton juga akan dapat menyaksikan sedutan visual sewaktu pengebumian Allahyarham serta wawancara bersama ahli Rabbani yang lain. Di samping itu, penonton di rumah boleh menghantar ucapan takziah yang akan dipaparkan melalui 'crawler' ketika program disiarkan.

Wednesday, August 26, 2009

Tips Menjadi Penasyid

Ana rasa bagi seseorang penasyid, ciri-ciri paling tepat yang perlu ada padanya ialah ciri-ciri yang ada pada Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sebab Allahyarham adalah antara insan yang paling tepat menggambarkan imej nasyid dan apa yang sepatutnya seorang penasyid ada, antara sifat beliau yang patut penasyid ikut ialah:

1. 'Alim (sehingga beliau bergelar ustaz dan sering menjadi sumber rujukan) - Mempunyai pengetahuan agama yang luas, memang sepatutnya seorang pendakwah mempunyai pengetahuan agama yang lengkap.

2. Thiqah - Beliau sentiasa menjaga cara penampilan, cara bercakap, cara berinteraksi sehingga tampak jelas kewibawaan beliau sebagai seorang pendakwah dan contoh ikutan.

3. Tawaddhu' - Allahyarham adalah seorang yang sangat tawaddhu' dan merendah diri, sehingga kekadang apabila berinteraksi dengan beliau dek kerana rendah dirinya, kita terlupa bahawa pengalaman berpuluh tahunnya dalam bidang nasyid sepatutnya sudah menjadikan beliau seorang yang sepatutnya sangat disegani, atau dengan kata lainnya seorang Otai atau Sifu...

4. Ramah dan sentiasa senyum - Beliau sangat mudah mesra dan sentiasa tersenyum. Keramahan beliau membuatkan beliau mudah didekati khususnya golongan artis biasa yang cenderung untuk mendekati dakwah nasyid, beliau disegani dan dihormati tapi mudah didekati. Ciri-ciri tepat seorang pendakwah...

5. Pengetahuan ilmu Al-Quran yang baik - Beliau membaca Al-Quran dengan baik dari segi hukum tajwid dan makhrajnya, beliau juga mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang tarannum, marhaban, berzanji dan seumpamanya... Ciri yang sepatutnya wajib ada bagi setiap penasyid, kerana ilmu Al-Quran dan Tarannum adalah rujukan untuk mengalunkan nasyid...

6. Ikhlas - Walaupun kita tidak mengetahui isi hati beliau, tapi keikhlasannya terpancar dari perlakuan beliau dan cara penyampaian nasyid beliau, serta cara dealing show beliau, cara beliau mentadbir Rabbani dan banyak lagi..

Banyak lagi ciri-ciri baik yang kita boleh ambil contoh dari Allahyarham. Semoga diri ana sendiri dan penasyid-penasyid baru dan lama dapat menerapkan ciri-ciri yang beliau ada... Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para syuhada' dan solihin dan pemergian beliau dinilai sebagai syahid di jalan dakwah.

p/s : Tips dari Ustaz Hazamin Harun Inteam.