Tuesday, September 1, 2009

Persis Sebuah Nota

"Syukur pada Allah SWT atas kurniaan diri ini terus bernafas dibumiMu. Kadang-kadang diriku ini jauh dariMu, terpesong bagaikan dilimpah dosa yang tidak terhingga. Hadirkan hidayahMu untuk aku melengkapkan diri menjadi insan yang taat kepadaMu Ya Rob.

Diri ini tidak lengkap tanpaMu Ya Allah. Aku terus berdoa dan berdoa untuk memiliki takhta hidayah yang begitu tinggi darjatnya. Seandainya diriku ini rebah menghadap bumi, aku redha dengan pemergian diri. Aku mahu disamping kekasihMu, Muhammad SAW." Bisik hati kecilku.

Tepat jam 5 pagi ini aku bangun dari kamarku untuk bersahur seketika.
Sebelum azan subuh menjelma, aku tertarik untuk membaca kalam Allah bagi menunggu masuknya azan subuh. Alunan yang bersahaja, dengan tajwidnya yang agak kurang itu aku gagahinya juga dengan penuh kekusyu'kan pada Ilahi. Aku menadah tangan tanda aku bersyukur pada yang Maha Pencipta.

Apabila azan menjemputku bersolat, aku gagahi kakiku untuk terus mendapatkan masjid kerana aku tahu, solat berjemaah adalah terbaik bagiku. Aku adalah insan lemah selemah-lemahnya. Begitu juga ayahku yang aku merasakannya uzur, berjalan bersamaku terus ke masjid berdekatan. Adik beradikku yang masih terlelap aku kejutkan untuk solat bersama. Alangkah bahagianya bila aku melihat adikku berpakaian berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah puteh melangkah ke masjid.
Setiap langkah, ada pahalanya. Beginilah rutin harianku, semoga aku diberi hidayah serta kekuatan zahirku untuk aku mengadapMu Ya Rob.

Sebaik-baik anak pada kedua ibu bapanya adalah anak yang soleh dan solehah. Itu yang cuba aku terapkan didalam jiwa yang degil ini. Kau masukkan rasa cinta padaMu dan KekasihMu didalam jiwaku.
Ameen.

No comments: