Wednesday, October 7, 2009
Tuesday, October 6, 2009
Monday, October 5, 2009
Datuk A. Samad Said
A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura, sebelum melanjutkan pelajaran tingginya ke Victoria Institution, juga di Singapura. Atas jasa dan khidmat bakti beliau dalam bidang kesusasteraan Melayu Malaysia, beliau dianugerahkan pelbagai hadiah dan penghargaan seperti Anugerah Pejuang Sastera (1976), S.E.A. Write Award (1979) dan Anugerah Sastera Negara (1985). Pada tahun 2003, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.p/s : Sungguh rindu pada beliau. Sebelum sedekad dahulu, saya bersama ayah pernah bertemu dengannya, sewaktu kecilku. Dia bagaikan ayahku yang kedua.
Tuesday, September 29, 2009
Monday, September 28, 2009
Friday, September 25, 2009
Monday, September 21, 2009
Lebaran 1430H
Lebaran Keempat
Thursday, September 17, 2009
Kehadiran Syawal 1430H
Maaf kepada saudara Razin Mestica kerana saya tidak sempat kesana setelah dijemput 2 kali raya (2 tahun) sudah sebab dengan masalah sedikit. InsyaAllah jika tidak raya pun, saya akan kesana juga. Jika berkesempatan, saya juga akan kerumah taqie NICE, Ustaz Amiri Ab. Ghani (pensyarah KIAS) dan Abang Azwan Far East serta ramai lagi. Sahabat-sahabat di Komuniti teman Inteam (KTI) juga tidak ketinggalan yang berada di Kelantan, Aliff, myinteam, nailorfa87, are_islam dan ramai lagi. Tidak lupa juga sabahat saya di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan, saudari Aadilah (RO) , Amalina (UM), Baini dan Nik Roslina (UUM).
Saya menghulurkan 10 jari saya memohon keampunan segala salah silap apa yang saya lakukan selama kita berukhwah. InsyaAllah semoga diampunkan Yang Maha Pencipta.
mengungkapkan kata rindu sang jauh
tercalit rasa sayang pada penerima kad ini.
Kenangan terindah bersama
menyelusuri liku-liku duniawi
yang begitu megah dimata manusia
dek kerana terpesongnya aqidah
Dibulan yang penuh barakah
daku hulurkan rasa keinsafan
memohon kemaafan, kuhulurkan 10 jari jemariku
tanda kehinaan pada diri
Ramadhan menghilangkan dirinya
Syawal pula timbul dan terus menjelma
pohon daku lafazkan kata-kata indah
menceriakan suasana suka yang berpanjangan
Tuesday, September 15, 2009
Bagaimana Puasa Kita?
Sudah 25 Ramadhan hari ini, tinggal beberapa hari untuk Ramadhan melabuhkan senjanya. Adakah kita sempat untuk menunggu Ramadhan tahun hadapan? Allah SWT bila-bila masa sahaja boleh menarik nyawa kita tanpa lambat atau cepat. Cuma kita sahaja tidak menyedarinya. Renungkanlah sahabat. Bayangkan ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Sekadar perkongsian saya sahaja. Syuqran jazilan.
Monday, September 14, 2009
Memburu Malam Kemuliaan Lailatul Qadar
Puncak keistimewaan luar biasa bulan ini adalah apabila diturunkan satu malam, Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Sesiapa sahaja yang berpuasa pasti amat berhasrat untuk menjumpainya. Bila Lailatulqadar itu muncul?
Lailatulqadar ini diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a: Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh (Hadis riwayat Muslim).
Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?
Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).








