Saturday, April 10, 2010
Tahniah Adikku Heiqal Attar
Salam tahniah dari abangmu pada Heiqal yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir pada bulan 9 ini. Abang juga ucapkan selamat pergi dan pulang menjadi ustaz yang berguna pada umat Islam khususnya di Malaysia ini. InsyaAllah jika tiada aral melintang, abang Qayyum, ibu serta ayah akan ikut Heiqal ke Mesir untuk sesi penghantaran kesana. Tahniah abang ucapkan. Jangan lupa solat.
Tuesday, April 6, 2010
Kehidupan Yang Hakiki Kerana Allah SWT
"Bila dilihat diriku yang dulu,terasa jauh dari Allah SWT. Kini aku kembali seperti aku yang sekarang." Persis diri ini seketika. Saya kembali kezaman era baru yang disana sini keadaan tercabar. Fikiran saya terus melayang teringat kisah zaman muda belasan tahun yang lampau. Masih terbenak dihati saya bila suasana dahulu amat berbeza sama sekali. Alangkah indahnya disaat itu berpanjangan dan tidak mengubah waktunya. Mungkin waktu ini saya masih bermain alat-alat kampung, mungkin saya masih dimanja-manja oleh ibu ayah, mungkin masih bersekolah dan bergaul mesra bersama teman-teman dan mungkin juga saya bebas buat apa sahaja. Semua kemungkinan itu saya jadikan satu impian semata-mata dan disalurkan pada anak-anak saya kelak. Itu maksud kehidupan yang sebenarnya. Bila direnung masa akan datang, tidak tercapai dek akar fikiran kerana pemikiran kita terbatas dan ada hadnya. Rancangan kehidupan manusia diatur elok oleh Yang Maha Esa, Allah SWT. Kita patut bersyukur atas kurniaan hidup yang diberi. Curahan hati diawal pagi, Selasa, 4:20 am.
Thursday, April 1, 2010
APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!
Ini ada artikel menarik mengenai sejarah April Fool yang disambut di Barat terutamanya. Berhati-hatilah kerana tujuan sambutan April Fool adalah bukan sekadar bersuka ria, ada peristiwa disebaliknya yang kita tidak ambil peduli.
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’. Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Sunday, March 28, 2010
Hari Terakhir Di Pesta Buku 2010
Alhamdulllah sudah hari terakhir rupanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC. Syukur pada Allah swt kerana memberi ruang waktu untuk saya kesana buat kali terakhir dan bersama sahabat-sahabat KTI yang lain. Ini merupakan hari yang paling istimewa dari hari-hari yang lain kerana saat inilah pertemuan terakhir bersama sahabat-sahabat KTI, bukan senang kami mahu berjumpa bersama begini. Kita lihat sahaja gambar-gambar yang sempat dirakam. Jika ingin melihat lebih banyak gambar menarik, sila ke Facebook saya.
Thursday, March 25, 2010
Sunday, March 21, 2010
Sekitar Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
Syukur pada Allah SWT kerana memberi kelonggaran untuk saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC. Saat saya sibuk menimba ilmu, sempat juga saya melepas peluang untuk melawat pelbagai gerai-gerai yang terpamer di sana walaupun seketika. Pesta Buku ini bermula dari 19 - 28 Mac 2010. InsyaAllah orang ramai boleh hadir kesana untuk mendapatkan buku-buku atau produk-produk ilmiah yang lain. Gambar ini diilham oleh abang Amin Inteam sendiri. Anda juga boleh melawat booth Inteam Publishing di gerai bernombor D01, berhampiran pintu masuk PWTC (kalau dari arah stesen bas Putra).
Wednesday, March 17, 2010
ALBUM NUR MUHAMMAD - INTEAM & UNIQUE

Sempena dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, bulan Rabiul Awwal ini, pihak Inteam Records dengan kerjasama UNIQUE Nasyeed & Training Consultant telah menerbitkan sebuah album Selawat dan Qasidah berjudul NUR MUHAMMAD.Album ini mengandungi 13 track yang terdiri daripada 10 lagu Selawat dan 3 alunan Qasidah.Album ini menampilkan Kumpulan Inteam dan Kumpulan Unique serta undangan saudara Syam dan Suhaimi. Album Nur Muhammad turut memuatkan kuiz yang menawarkan hadiah percutian ke Beijing bersama kumpulan UNIQUE.Monday, March 8, 2010
Pesta Buku Antarabangsa PWTC
Wednesday, March 3, 2010
Show Di Taman Tema Air Splash
Satu Persembahan Nasyid Amal SUF'FIAN bersama ADVICE dan ELHAM yang akan diadakan di Taman Tema Air Splash bersebelahan Kota Darul Naim pada hari Sabtu ini iaitu 06 Mac 2010 dari jam 4.30 hingga 6.30 petang. Semua dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan yang memberikan santapan rohani kepada kita.
Sunday, February 28, 2010
Coretan Buat Ibu Tercinta
Bila teringat watikah seorang insan yang disayangi setelah Allah & Rasul terasa ingin menitis air mata ini. Saya amat-amat rapat bersama ibu. Jika tiada ibu, apa akan jadi pada tempat saya menumpang kasih sepanjang hari nanti? Ya Allah panjangkan umur ibu ayahku. Ameen. Ibu, saya terlalu rindukan ibu. Gambar ibu sering berada didalam handphone saya. Saya telah buatkan wallpaper di muka hadapan handphone saya. Itu hanyalah perkara kecil cuma. Saya akan terus menyayangi ibu sepertimana ibu menyayangi saya. Ibu tempat saya mengadu, menumpang segala masalah saya kepada ibu dan yang paling penting adalah tempat dimana Syurga terletak. InsyaAllah kita akan bertemu di sana sebagai ganjaran utama wahai ibu.
Maafkan anakmu ini jika tersalah kata mahupun perbuatan yang tidak disengajakan. Anakmu akan terus berjuang dijalan Allah selagi termampu. Anakmu sekarang sedang berperang dengan ilmu duniawi dan insyaAllah sekaligus bersama ilmu ukhrawi. Anakmu ini tidak sekuat ibu tapi naluri ibu membuatkan anakmu ini membanting tulang 4 kerat di perantauan. Anakmu ini mendoakan kesejahteraan ibu didunia malah diakhirat dilebih-lebihkan. Cukup setakat ini coretan ringkas anakmu kepada ibu. InsyaAllah anakmu akan terus berdakwah dijalan Allah selagi termampu. Ameen.
Salam sayang dari anakmu,
Muhammad Qaf Qayyum Bin Mukhtar

Subscribe to:
Posts (Atom)