Kami sebagai pembuka tirai majlis sahaja untuk pertandingan nasyid peringkat Negeri Kelantan. Program ini berlangsung di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri sempena hari terbuka kampus disini. Sebelah malamnya dihadiri artis jemputan iaitu Muadz Zulkifli sebagai penutup malam terakhir dan keesokannya kumpulan One Deen mempersembahkan lagu mereka.Syukur program berjalan selama 5 dhari dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.
Tuesday, August 3, 2010
Show di KIAS Nilam Puri
Kami sebagai pembuka tirai majlis sahaja untuk pertandingan nasyid peringkat Negeri Kelantan. Program ini berlangsung di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri sempena hari terbuka kampus disini. Sebelah malamnya dihadiri artis jemputan iaitu Muadz Zulkifli sebagai penutup malam terakhir dan keesokannya kumpulan One Deen mempersembahkan lagu mereka.Syukur program berjalan selama 5 dhari dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.
Monday, July 26, 2010
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Friday, July 16, 2010
JOM SUPPORT KUALA LUMPUR BERSELAWAT
Assalamualaikum,Saya ingin menyeru seluruh warga KTI utk sama-sama menyokong dan menghadiri program yang dianjurkan Al-Mawlid dibawah seliaan Amir ex-Ruffedge dengan tema Kuala Lumpur Berselawat.
Majlis ini akan di adakan di Masjid ASy-Syakirin, KLCC pada Ahad ini bermula jam 3 petang hingga ke selepas Isya'.
Majlis ini berkonsep santai dan tiada protokol semata-mata utk mengajak masyarakat khususnya golongan remaja utk mencintai dan merindui nabi kita tercinta dan memperbanyakkan berselawat ke atasnya.
Insya Allah Inteam akan turut menyampaikan beberapa qasidah dan selawat jam 3 ptg tersebut.
info dari abang Hazamin Inteam
Thursday, July 1, 2010
Rehlah 2010 Di Puncak Bukit
Syukur alhamdulillah pada Allah swt kerana diberi peluang pada Komuniti Teman Inteam untuk menjayakan program julung kalinya di puncak bukit Cameron Highland pada 3 dan 4 Julai bersama kumpulan nasyid terkenal, Inteam sekeluarga. InsyaAllah program akan berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program 2 hari. Sama-sama kita doakan program berjalan dengan lancar. Ameen.
Tuesday, June 15, 2010
Pengisian Di Cuti Persekolahan

Salam kepada semua pembaca yang budiman. Sudah lama saya tidak menjenguk ke blog ini kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Semua ini hanyalah kerja dunia malah kerja-kerja akhirat masih banyak perlu disegerakan. Itulah kehidupan yang sebenarnya. Ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua, baru-baru ini sempat saya bersama sahabat saya berBBQ di pantai Bachok, Kelantan. Plan ini dirancang oleh sahabat saya, Wan Taqiuddin dan saya selaku pembantunya.Sudah lama saya tidak ketemu sahabat saya malah didalam program malam itupun, saya sempat berkenalan dengan sahabat baru iaitu Asyraf dari kumpulan nasyid Nur One dan Afnan dari One Deen sendiri. Itu sudah membuatkan hati saya cukup gembira bila ketemu sahabat baru. Itu namanya semangat ukhwah sendiri sesama insan. InsyaAllah program ini akan berterusan dari masa kesemasa. Doakan semuanya selamat dan hubungan akrab kami terpelihara. Ameen.
Saturday, May 22, 2010
Tuesday, April 27, 2010
ALBUM SAAT LAFAZ SAKINAH (HALAWATUL IMAN 2) - FAREAST
Kumpulan nasyid FAREAST kini tampil lagi dengan album terbaru mereka, SAAT LAFAZ SAKINAH. Album ini masih meneruskan konsep tarannum, sama seperti album mereka sebelum ini.Keistimewaan album ini terletak pada konsep tarannum yang telah disegarkan dengan elemen-elemen baru yang mantap.
Pembelian untuk album ini telah dibuka di laman www.inteammobile.com
Terhad untuk 200 orang pertama, album ini dapat dimiliki dengan harga RM 23.00 sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
SAAT LAFAZ SAKINAH~
Friday, April 23, 2010
Selamat Menempuh Ujian Terakhir Di Pentas Pengajian
Salam pembaca yang dikasihi sekalian. Setelah lama tidak diupdate, kali ini post cabaran menghadapi peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar IPT yang sedang dan akan tiba tidak lama lagi. Saya juga berdoa semoga sahabat-sahabat semua terus tekun dan study smart sebelum menempuh ke alam peperiksaan. Tidak lupa kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang bertungkus lumus membuat thesis juga tidak ketinggalan. Selamat berjaya saya ucapkan.
Tuesday, April 13, 2010
Far East - Halawatul Iman II : Saat Lafaz Sakinah
Sumber : Far East
Monday, April 12, 2010
Tutuplah Tubuhmu Wahai Para Wanita

Cuba kita selami situasi ini :
Wanita : Ustaz, kenapa kami kaum wanita kene tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit saja. Adil ke ustaz?
Ustaz : Cik tahu tak berapa jarak matahari ke bumi?
Wanita : Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pula? Bagaimana soalan saya tadi?
Ustaz : Cuba cik bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinci rapat, apa agaknya akan terjadi pada kita?
Wanita : Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz.
Ustaz : Jadinya, cik setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak, sudah tentu kita tak boleh hidup didunia ini. Bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya.
(wanita berfikir seketika)
Wanita : Benar kata ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Berkuasa.
Ustaz : Jika demikian, mengapa cik boleh timbul sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini dan lelaki begitu?
Wanita : hmmm, ye tak ye jugak ustaz. Tak patut saya rasa begitu. Astagfiruallah Ala'zim.
p/s : Mudah-mudahan cerita diatas dapat mengubah persepsi masyarakat khususnya wanita dalam berjilbab/menutup aurat. Semoga dakwah kecil saya menyampaikan maklumat seperti ini diterima Allah.

