Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya | Maaf Zahir dan Batin


Sempat beraya pertama dirumah saudara di Ketereh, kelantan. Pose selamba di batang pokok kelapa yang rendang. Raya tahun ini, saya tidak beraya sakan cuma ala kadar sahaja. Hari pertama sahaja, tiga buah rumah saya singgah, penat amat sangat. Sebelah malamnya, saya kerumah tunang saya di Pasir Mas.

Salam lebaran diucapkan pada semua muslimin dan muslimat. Berakhir sudah Ramadhan yang kita agungkan. Salam jua kepada seluruh sahabat dari Komuniti Sahabat Hijjaz [KSH] yang begitu komited dalam menjalani tanggungjawab masing-masing. Saya selaku moderator KSH juga berbangga dengan sokongan dan penglibatan anda terutama Hijjaz Record Sdn. Bhd sendiri. Terima kasih seadanya.

Pertandingan Nasyid Universiti Kuala Lumpur 2008

Salam alaik. Baru-baru ini berlangsungnya pertandingan nasyid anjuran Hal Ehwal Mahasiswa [HEMs], Kelab Perkim UniKL dan juga kumpulan nasyid Dainurii sempena bulan ramadhan yang mulia. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman blog : www.dainurii.blogspot.com

Teratak Baru Hijjaz di Astana Dugang Country Resort pada 16 September 2008


Ramai artis dan media datang memberi sokongan seperti kumpulan Hijjaz, Mestica, Syifa', dan El-Hikmah. Turut diundang juara Akademi Nasyid, saudara Azhan Atan bagi memeriahkan majlis tersebut. Gambar diatas, kumpulan Syifa' mempersembahkan lagu barunya.

Ini antara juadah yang tersedia sempena berbuka puasa serta perlancaran teratak baru Hijjaz Trade Corporation Sdn Bhd di sana.

Sebahagian sahabat saya yang sudi datang mengimarahkan masjlis. Dari kiri : Izhan, Ustaz Norsazali Abdullah, Syafiq, Mustakim dan juga Faizul.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web : Teratak Hijjaz Trade Corporation Sdn. Bhd. (HTC)

Monday, September 1, 2008

klip video "Ku Berserah" dari Fitri UNIC



Temubual antara Soffyan Bin Abdul Halim / Md Fitri Bin Md Haris.



Lagu yang dinyanyikan oleh Md Fitri Bin Md Haris.

Thursday, August 21, 2008

Malam Simfoni Kesyukuran

10.00 p.m | design by : QayyumDAINURII

Syuqur Alhamdulillah, show malam tersebut di UIA berjaya dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Saya dan sahabat-sahabat seperjuangan saya, Dainurii sempat datang pada malam tersebut. Tidak lupa juga, In-Heart juga menyemarakkan pada malam tersebut. Mereka hanya sebagai audience sahaja. Sucess untuk UIAM.

Marilah beramai untuk menyambut Kemerdekaan Malaysia ke51 dan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh kesyukuran! Tambah meriah dengan kemunculan 7 artis nasyid popular tanahair seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, NowSeeHeart, Saujana, Far East, Syifa. Bukan senang nak dapat peluang macam ni!

Tarikh: 27 Ogos 2008 (Rabu)

Masa: 8.30 malam

Tempat: CAC Hall IIUM Gombak

Pakat datang beramai - ramai bagi memeriahkan Malam Simfoni Kesyukuran

Sunday, August 17, 2008

Show di PICC

Kelab Zapin dari Universiti Kuala Lumpur mempersembahkan tarian mereka yang unik itu.

10.30 p.m | design by : QayyumDAINURII
Persiapan untuk show petang itu diblik persalinan tetapi ade sedikit masalah so terpaksa dibatalkan terus.

12.30 a.m | design by : QayyumDAINURII

Alhamdulillah, pagi tadi sampai la lewat petang ada konvo di PICC. Kami show tertangguh tadi disebabkan pihak yang berkenaan mengatakan microfon hanya ada 1 sahaja, so show ringkas kami tertunda pada keesokan harinya. InsyaAllah, kami akan bawa 2 buah lagu sahaja disesabkan masa terhad. Tadi berlangsung tarian zapin, nyanyian dan sebagainya.

Tuesday, August 12, 2008

Selingan

3.30 am | design by: QayyumDAINURII

Syukur pada Allah swt kerana siap satu design cikai bertemakan " Selamat Berpuasa " bagi 1429H ini. Ini sahaja hadiah yang dapat saya berikan pada anda semua. Inilah hasilnya. Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat seluruh negara amnya. Tingkatkan keIMANan anda di bulan yang teramat mulia ini. Syuqran jazilan kathira.

2.15 am | design by: QayyumDAINURII

Syuqran, siap satu simple coretan hati saya yang lemah ini. Sekadar poster terbaru dari saya untuk tatapan muda remaja yang baru mengenali kami, Dainurii. Agak terlalu awal untuk melonjak tinggi keatas. Doakan kami sebagai penasyid yang bagitu mentah didalam industri. Jazakallah.

11.30 pm | design by: QayyumDAINURII

Pose semasa sesi photography di studio. Posisi angle oleh 4 pelajar multimedia. Imej ini ditambah oleh image lighting sedikit di tengah. Inilah hasilnya. Sekadar suka-suka, bukan professional sangat.

Monday, August 11, 2008

Inilah KuasaNya

Ini contoh fine art untuk projek saya sem ni. Inilah hasilnya. Saya guna D80, Nikon. Syukur alhamdulillah, siap dah sepenuhnya cuma nak print dan hantar. Photografi sudah semakin minat didalam diri saya setelah saya mengambil subjek photography sem ini.


10.15 pm | design by: QayyumDAINURII
Salam ukhwah semua. Actually, segala karya saya lebih kepada nature seperti ini. Berkemungkinan hati dan naluri saya lebih kepada itu.

Sunday, August 10, 2008

Main paint ball di Petaling Jaya

Persiapan sebelum main paint ball pada 10 ogos 2008. Kami bayar RM 10.00 sahaja. Ada 30 peluru cat yang diberikan pada kami. Saya sempat tembak kawan saya 2 kali. Pertama kali ni main, terus jadi gian la pulak, tapi ok la..hanya riadah hujung minggu.

Bersama musuh ketat, Nabil Ihsan semasa didalam gelanggang. Permainan ni memang mencabar sedikit, siapa lari style open, dia kene tembak la. Kami bermain 3 sebelah dan bergabung bersama sekumpulan wanita dari UiTM, Shah Alam. kebetulan group kami sedikit pasukan so instructor suruh kami bergabung 1 team ramai-ramai. Selepas jer main, kami kenal-kenalan / sesi ta'ruf antara satu sama lain di sebuah restoran di Kerinchi, Kuala Lumpur.

Saturday, August 9, 2008

Ya Allah...ku inginkan isteri yang solehah. Penawar dan pengubat hatiku yang lara.

Ya Qarim...aku berlindung dari api nerakaMu...aku berserah segala jasadku padaMu...ku tadahkan tangan memohon keampunanMu Ya Allah...Kau kurniakanlah isteri yang solehah kepadaku dimasa kelak...Kau kabulkan doaku ini walaupun sehinanya aku begini...amin ya robbil a'lamin...

Kurniakan daku wanita seperti ini...sentiasa mendoakan daku siang mahupun malam...