Tuesday, August 11, 2009

Menyelongkar Lubuk Kasih Seorang Insan


Betapa sukarnya diri ini untuk menyelongkar hati insan yang kusayangi yang selama ini ku doakan pada mereka atas dasar cinta dan taat. Sungguh besar pengorbanannya pada diriku selama ini. Aku begitu sanjung akan dirinya walaupun berat sekali untuk meluahkan kata-kata rindu. Begitu kecil diriku untuk membalas segala jasanya yang melimpah ruah sedangkan aku selalu menyakitinya.

Ayah, maafkan anakmu ini dikala aku masih berdegil. Ibu, ampunkan segala dosa yang ku lakukan ketika sedar mahupun tidak. Aku masih diawangan sedangkan dosaku terlalu banyak mencurah. Aku tidak sempat mengucapkan kata maaf kerana mereka telah pergi meninggalkan adik beradiku. Walaupun aku menangis air mata darah sekalipun belum pasti jasadnya hidup kembali seperti sediakala. Mereka pergi dengan aman, tiada siapa untuk berteman, aku sering kali menangis kesepian, pergi mencari rezeki keseorangan, hidup menagih simpati senantiasa. MasyaAllah!

Bukan mudah untuk mencapai langit yang tertinggi. Aku terkapai-kapai diawangan dek terlalu kerdil diri ini. Bagaiamanakah cara untuk aku menebus segala dosa pada mereka? Ya Allah aku kebingungan. Aku sering bertanya pada diri sendiri. Hanya aku sahaja yang mengetahui jawapannya. Engkau sahajalah yang dapat memberi ketenangan didalam jiwa. Aku terus berdoa dan berdoa pada mereka semoga rohnya kekal bersemadi dengan aman. Alfatihah aku kirimkan.

p/s : Suratan hati pada masa yang tidak terhingga kelak.

No comments: