Pesanan Buat Seorang Isteri
Telah kusiapkan
bibir putera-puteri
kumereguk susu di dadamu
bagai titisan embun pertama
dari pintu langit
lalu menyebarkan wangian sejuta bunga
dari taman syurga
dan lengkungan resah
yang terkumpul
di bawah mata putihmu
bagai gumpalan nafas fatimah
yang berdegup di atas kisaran
memungut roh-roh suci
dari para malaikat yang ribut membaca tasbih
dari kebun keibuanmu
Nukilan dari Encik Moechtar Awang
Thursday, February 5, 2009
Wednesday, January 21, 2009
Majlis Anugerah Siswa Universiti 2008


Salam kepada pembaca budiman. Semalam (20 Januari 2009) berlangsung satu Majlis Anugerah Siswa Universiti 2008 di Universiti Kuala Lumpur, British Malaysia Institute (BMI). Kami memenangi Kelab & Persatuan Terbaik 2008 bagi Kelab Perkim, gambar diatas saya (kanan sekali) dan YDP kelab, saudara Mustakim (kanan sekali) dan Ustaz Norsazali Abdullah selaku penasihat kelab. Syukur alhamdulillah atas kepercayaan ini.
Persediaan kumpulan Zapin dan Kelab Suara (saudara Syafiq dan saudari Diana) dari UniKL City Campus sebelum membuat persembahan. InsyaAllah ditahun akan datang, kami akan bertungkus lumus bagi menjayakannya seperti apa yang kami dapat sekarang. Amin..Tuesday, December 2, 2008
Nasyid Minggu Ini (NMI)
Friday, November 21, 2008
Program ke Jeli, Kelantan
Salam kepada pembaca budiman. Pada 15 sehingga 17 November, Kelab Perkim UniKL telah menganjurkan satu program amal ke kampung Sungai Rual,Jeli. Alhamdulillah, program tersebut telah menarik minat seramai 30 orang ahli bersama pensyarah. Di dalam program ini juga, organisasi luar jugak mengambil inisiatif seperti PERKIM Kebangsaan, JAKIM, MAIK, JASA, BOMBA, JHEOA dan MPKB.
Program ini sememangnya penuh pengisiannya seperti memberi sumbangan kepada penduduk orang asli, motivasi pada anak-anak penduduk, sukaneka kampung (sumpit, sepak takraw, mencari gula-gula didalam tepung dan menganyam). Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak kami dengan penduduk kampung.
Monday, November 3, 2008
Pejabat Baru Syifa' dan Saujana
Bergambar sebelum berpisah. Dari kiri (berdiri) : Fareez (nasyid.fm), abang Aizat (ketua kumpulan Syifa'), Yusri (nasyid.fm), abang Din (kumpulan Syifa') dan Kak Ikin dari Sahabat Hijjaz. Dari kiri (duduk) : Abang Pyan Saujana, abang Zahidan (vokalis Syifa') dan abang Azwan (kumpulan Syifa').
4 anak dara dan seorang ibu (kak Ikin yang berbaju hijau) yang sudi datang memeriahkan pejabat yang sememanganya meriah.Selepas membaca doa selamat dari abang Munif Ahmad, kami serbu menjamu selera dengan pelbagai hidangan. Ada juga yang hadir lewat seperti abang Frizdan (dari Inteam Record) dan abang Syamil (bekas staf HRSB). Di syarikat baru mereka, selain pengurusan RBI, mereka juga buka khidmat spa atau Syifa' Medic Spa. Gambar akan diupload kemudian. Harap maklum. Ini adalah link ke web baru Syifa' yang belum 100% siap : Syifa'
Friday, October 31, 2008
Program Sahabat IKIM.fm dan Sahabat Hijjaz
Saya menerima sijil petugas sebagai AJK menjalankan program Projek Amal 2007 baru-baru ini. Terima kasih kepada abg Ariffin selaku Presiden Sahabat Hijjaz sesi lepas. Syuqran.
Saya (berbaju merah jambu) bersebelahan designer di HRSB (berbaju oren), sahabat Hijjaz, Sahabat IKIM.fm dan artis-artis Hijjaz record Sdn. Bhd seperti Hijjaz, Mestica, UNIC, Aeman, Syifa', Amar, Saujana, Mirwana serta DJ IKIM.fm bagi memeriahkan majlis tersebut di Hotel KL pada iftar 2007.Thursday, October 23, 2008
Jamuan Hari Raya Kampus Kota 2008
Salam lebaran dihulurkan kepada pembaca budiman. Gambar diatas dicandid ketika majlis jamuan hari raya 2008 di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Ramai jemputan datang memberi sokongan serta menjamu selera. Alhamdulillah, persembahan pada hari tersebuat amatlah meriah, terpesona dan gemilang. Antara artis-artis UniKL yang terlibat menjayakan majlis adalah seperti berikut, kumpulan nasyid Dainurii, Kelab SUARA Group dan zapin. Gambar diatas juga adalah serba sedikit tentang suasana majlis tersebut berlangsung. hanya selingan sahaja serta tatapan umum.
Sunday, October 19, 2008
Rumah Terbuka Munsyid 2008

Thursday, October 16, 2008
Sambutan Hari Raya 2008
Salam lebaran diucapkan kepada pembaca blog ini. Semalam (15 Oktober 2008) sempat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengadakan rumah terbuka 2008 di kediaman siswi di Jalan Riong. Ini antara gambar-gambar yang saya sempat candid dan kami juga dialukan membuat persembahan bersama artis-artis UniKL yang lain. Pada malam tersebut, Dainurii juga semapt membuat persembahan di hadapan 500 orang pelajar termasuk juga VVIP yang datang.
Wednesday, October 15, 2008
Hijjaz Legend Travel

Hijjaz Legend Travel milik Hijjaz memperkenalkan Pakej Umrah AT-TA'AWUN (tolong menolong) dgn hanya RM2990 sahaja. Syaratnya anda hanya perlu dptkan 5 orang dlm pakej yang sama dgn anda, dan setiap jemaah akan menikmati duit kocek sebyk RM500 seorg semasa pergi dan akan menikmati pakej berniaga bersama Hijjaz setelah pulang dari umrah. Mendaftarlah sekarang untuk menikmati pakej yang begitu murah yg belum anda dengar dimana-mana. Umrah mudah pergi semudah MMS, MURAH MUDAH DAN SELESA. Sila call HIJJAZ Di Talian 03-61408280/81, jika berhajat. Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari Hijjaz Legend Travel Terima kasih.
"TENANGKAN JIWA DALAM IBADAH"
Subscribe to:
Posts (Atom)











