
Salam semua pembaca budiman. program ini berlangsung pada 29 November 2008 lepas. Ini saya selitkan beberapa gambar yang dirakamkan oleh sahabat saya, Wahieda Ismail dari Sahabat IKIM pada malam tersebut.
Bergambar sebelum berpisah. Dari kiri (berdiri) : Fareez (nasyid.fm), abang Aizat (ketua kumpulan Syifa'), Yusri (nasyid.fm), abang Din (kumpulan Syifa') dan Kak Ikin dari Sahabat Hijjaz. Dari kiri (duduk) : Abang Pyan Saujana, abang Zahidan (vokalis Syifa') dan abang Azwan (kumpulan Syifa').
4 anak dara dan seorang ibu (kak Ikin yang berbaju hijau) yang sudi datang memeriahkan pejabat yang sememanganya meriah.
Saya menerima sijil petugas sebagai AJK menjalankan program Projek Amal 2007 baru-baru ini. Terima kasih kepada abg Ariffin selaku Presiden Sahabat Hijjaz sesi lepas. Syuqran.
Saya (berbaju merah jambu) bersebelahan designer di HRSB (berbaju oren), sahabat Hijjaz, Sahabat IKIM.fm dan artis-artis Hijjaz record Sdn. Bhd seperti Hijjaz, Mestica, UNIC, Aeman, Syifa', Amar, Saujana, Mirwana serta DJ IKIM.fm bagi memeriahkan majlis tersebut di Hotel KL pada iftar 2007.
Salam lebaran diucapkan kepada pembaca blog ini. Semalam (15 Oktober 2008) sempat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengadakan rumah terbuka 2008 di kediaman siswi di Jalan Riong. Ini antara gambar-gambar yang saya sempat candid dan kami juga dialukan membuat persembahan bersama artis-artis UniKL yang lain. Pada malam tersebut, Dainurii juga semapt membuat persembahan di hadapan 500 orang pelajar termasuk juga VVIP yang datang.

Salam lebaran diucapkan pada semua muslimin dan muslimat. Berakhir sudah Ramadhan yang kita agungkan. Salam jua kepada seluruh sahabat dari Komuniti Sahabat Hijjaz [KSH] yang begitu komited dalam menjalani tanggungjawab masing-masing. Saya selaku moderator KSH juga berbangga dengan sokongan dan penglibatan anda terutama Hijjaz Record Sdn. Bhd sendiri. Terima kasih seadanya.
Salam alaik. Baru-baru ini berlangsungnya pertandingan nasyid anjuran Hal Ehwal Mahasiswa [HEMs], Kelab Perkim UniKL dan juga kumpulan nasyid Dainurii sempena bulan ramadhan yang mulia. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman blog : www.dainurii.blogspot.com
Ini antara juadah yang tersedia sempena berbuka puasa serta perlancaran teratak baru Hijjaz Trade Corporation Sdn Bhd di sana.
Sebahagian sahabat saya yang sudi datang mengimarahkan masjlis. Dari kiri : Izhan, Ustaz Norsazali Abdullah, Syafiq, Mustakim dan juga Faizul.
10.00 p.m | design by : QayyumDAINURII
Marilah beramai untuk menyambut Kemerdekaan Malaysia ke51 dan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh kesyukuran! Tambah meriah dengan kemunculan 7 artis nasyid popular tanahair seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, NowSeeHeart, Saujana, Far East, Syifa. Bukan senang nak dapat peluang macam ni!
10.30 p.m | design by : QayyumDAINURII
3.30 am | design by: QayyumDAINURII
2.15 am | design by: QayyumDAINURII
11.30 pm | design by: QayyumDAINURII
Ya Qarim...aku berlindung dari api nerakaMu...aku berserah segala jasadku padaMu...ku tadahkan tangan memohon keampunanMu Ya Allah...Kau kurniakanlah isteri yang solehah kepadaku dimasa kelak...Kau kabulkan doaku ini walaupun sehinanya aku begini...amin ya robbil a'lamin...
Kurniakan daku wanita seperti ini...sentiasa mendoakan daku siang mahupun malam...
Saudara Izhan dan Mustakim, anggota Dainurii yang pergi ke show di UiTM Shah Alam baru-baru ini bagi memeriahkan majlis tersebut.
Gambar diatas ketika ke Singapore, Bandaraya Singa. Pergi sana memang seronok, suka tengok tempat orang. Alkamklumlah, pergi pun seharian jer, kami menginap di UTM, Skudai. InsyaAllah, plan nak kesini lagi tp disana memang mahal sangat barang dia. Mestilah berjimat selalu kalau nak kesana.
Program semasa ke Pusat Serenti Sg. Besi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Malam itu, kami dihiburkan dengan show Saujana. Saujana ketika itu masih belum mengenali saya lagi.
Bersama Inteam pada tahun 2007 semasa show di UKMKL. Sengaja bergambar kerana terlalu cintakan nasyid. Syukur pada Allah swt kerana memberi peluang bergambar walaupun sekejap. Akhi-akhi Inteam memang baik dan peramah. InsyaAllah, ada masa kita boleh jumpa lagi di lain masa kelak.
Sebuah akhbar tempatan sewaktu saya bergiat bersama Kelab Perkim UniKL suatu ketika dahulu. Sebenarnya, saya tidak langsung mengetahui ada kamera disitu. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih ada orang sanggup beramal untuk membebankan rakyat yang miskin dan sebagainya. Terima kasih jua kepada pihak Perkim Kebangsaan dan Kelab Perkim UniKL sesi 2008. Saya terhutang budi dibuatnya. Jazakallah kathira semua yang terlibat.
Bergambar bersama Ustaz Asri dari Rabbani semasa program Maulidur Rasul 1429 H lepas. Saya sebagai pengarah program sengaja menjemput ustaz kerana kami yakin ustaz mampu memberikan yang terbaik. terima kasih ustaz. InsyaAllah kami jemput lagi.
Errmm..ni bersama Frizdan dari Inteam Record Sdn. Bhd. Walaupun kami kali kedua berjumpa, beliau masih tidak mengenali saya lagi. Apa pun, saya mengucapkan gud luckz pada beliau kerana membuat lirik kesukaan ramai iaitu "PemergianMu" dan "Detik Kematian" dari Inteam. Tahniah diucapkan kepada saudara.
Terakhir sekali, wajah-wajah anak gemilang di AMIN, PICC pada 24 Julai 2008. Kami dari Dainurii mengucapkan tahniah kerana berjaya membuat suatu program berprestij seluruh negara. Dari kiri, Faizul, Izhan, Qayyum dan Mustakim. Zik dan Rifa'iee tidak hadir pada malam tersebut atas sebab-sebab tertentu.