Tuesday, July 28, 2009

Mawaddah (Lagu Keinsafan Diri)

Alhamdulillah, sudah lama saya tidak serius dalam menulis. Entry kali ini berkenaan kumpulan lama ditubuhkan. Kumpulan yang saya maksudkan adalah Mawaddah. Terpegun mendengar dendangan lagu oleh kumpulan ini. Menyentuh jiwa yang kering dek hawa nafsu ini. Menitis air mata keinsafan terkena tempias lagu mereka. Entah kenapa hati saya tertarik dengan lirik dan melodinya yang sangat puitis dan menyentuh hati kecil ini. Biarpun hanya lagu, ianya boleh merubah seseorang itu dari membuat kejahatan pada dunia. Ya Allah...segerakanlah merubah diri ini yang sering leka padaMu. Permudahkan segala urusan dunia yang semakin sulit. Tenangkanlah diri ini dari perkara yang tidak baik.

Lagu yang banyak menginsafkan diri ini dikala orang masih leka pada dunia. Dunia yang sementara membuatkan orang masih menyukainya makin bertambah. Alangkah ruginya orang itu dari terus membuat kejahatan dan malapetaka pada dunia. Sering kita dengar betapa dahsyat api neraka tapi apa langkah kita untuk mengelak darinya? Malah semakin kita dekat dan memintanya. Kebesaran Allah swt sentiasa kita pandang tapi apa tafsiran yang kita buat? Hanyalah memuji tetapi tidak mengambil iktibar atasnya. Teramat rugi dan terus rugi pada dunia. Seringkali saya menyebut perkataan "DUNIA" kerana dunialah kita leka padanya. Wahai teman yang budiman, kawan-kawan searah, para pensyarah, ibu ayah...ayuh bangunlah menginsafkan diri. Sekadar ini sahajalah cuitan hati kecil saya jam 4.55 petang.Wassalam. Ilal Liqa'.

1 comment:

QiRaNa AiN said...

mawaddah.. mengingatkan ana zaman persekolahan.. dan salah satu lagunya menjadi tema peristiwa tsunami yg cukup memberi peringatan..