Monday, August 17, 2009

Pengenalan Suara dari Kumpulan Nasyid Far East

Petua membaiki Suara

Anda teringin bersuara merdu? Tentu jawapan anda YA…tetapi bila mengenangkan kemampuan diri, kadangkala timbul rasa rendah diri… “Tak apalah. Suara sedap pun buat apa. Bukan nak guna sangat. Ni dah boleh bercakap pun syukur.”…mungkin terkeluar kata-kata ini daripada mulut anda..
Tapi, benarkah ada kaedah untuk membaiki suara?? Jawapan beta; YA.. ada.
Anda MESTI membaca Tips-tips di bawah samada ‘meninggalkan terus’ atau ‘mengurangkan’… bergantung pada diri sendiri laa. Kalau anda serius, tinggalkan terus lagi bagus. Jangan...

1) Merokok..
2) Makanan berminyak. Cth:- Mee Goreng (yang banyak minyak) atau karipap (serap minyak..)
3) Makanan bergetah / termasuk air buah yang bergetah.
4) Minuman ber ‘kaffin’ macam kopi, nescafe, macam-macam jenis kopi segera dan sewaktu dengannya.
5) Coklat-coklat… (apa jenis sekalipun…mahal ke..murah ke..)
6) Air klorin.. (usahakanla minum air yang bertapis)

Petua Menjaga Suara

1) Bangun tidur pagi-pagi, minum air masak kosong sebelum gosok gigi. Sebaik-baiknya suam-suam sikit (eii gelinyer…!! ada antara anda ungkapkan macam tu… Beta bagi petua jer. Lagipun, yang minum mulut sendiri..)
2) Sediakan Teh Papermint ataupun Teh Pudina. (Boh ada keluarkan tapi kalau dapat daunnya yang segar lagi bagus.) Bancuh dengan madu lebah asli, suam-suam.
3) Belajar menjerit (bukan Luar Kawalan yerrr..), di dalam sebekas air. Jangan mengaji tapi gunakan ..” Laa..Laa..Laa..”.
4) Ohh..lupa nak bagitau.. Lepas minum air pagi-pagi tadi, mestilah nak gosok gigi. Lepas kumur-kumur cuci mulut, lepas gosok gigi, sebelum berwuduk Solat Subuh, masukkan air dalam hidung. Tarik air masuk guna hidung, dalam-dalam. Pastu cuba keluarkan ikut mulut seberapa banyak yang mampu.
5) Tulang bahu & tulang belakang memainkan peranan menampung udara-udara nafas kita. Cuba kawal pergerakan badan semasa membaca Al-Quran.
6) Duduklah dengan tetap dan seimbang. Duduk Tahiyat Awal = tak seimbang.

Kalau Suara Tak Elok Jugak?

1) Mungkin ada masalah kerongkong. = kena operation sikit kat doktor tekak.
2) Mungkin masalah kahak banyak sangat. = kena buangla. Cara terbaik herba-herba traditional la.
….. Rasanya cukuplah tu,nnti kita kongsi lagi yer…

Thursday, August 13, 2009

Kehilangan Sebutir Permata Berharga

Disaat ratapan terakhir ahli keluarga arwah

Disaat arwah masih segar berbicara

Semasa sesi rakaman takbir raya 04 Ogos 2009

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan. Arwah dikatakan sakit jantung. Sama-sama kita doakan arwah selamat didunia dan akhirat.

Kali terakhir bertemu arwah ketika sama-sama merakamkan takbir raya Astro Oasis di Masjid Al Falah Subang Jaya pada 04 Ogos 2009 lepas. Bagaikan 1 kejutan pada diri.

Wednesday, August 12, 2009

Penangan Seorang Sahabat

Salam kepada pembaca yang setia. Aku mahu ceritakan perihal seorang sahabat yang sentiasa memberi pemujuk yang setia dikala aku merajuk dek kerana perbuatannya. Syukur pada Allah kerana memberi kelonggaran pada diri supaya mengenali hati budi sahabat ini. Walaupun beliau jauh dimata tetapi amat dekat dihati. Sahabat, seorang graduan bakal guru tempatan. InsyaAllah. Langsung tidak ada dalam dirinya erti penat lelah bersahabat denganku.

Beliau seorang yang pendiam dan sentiasa pemalu pada orang lain. Ini yang selalu aku tekankan pada diri ini dan dirinya supaya jangan mengusai malu pada tempat yang betul. Qirana Ain, nama yang diberi kedua ibu bapanya sudah mencerminkan dirinya seorang yang patuh dan taat pada orang tua. Nama yang cukup sinonim dengan perbuatan dan amalan yang baik seperti itu, InsyaAllah. Siapa sangka, nama yang baik itu lahir dari negeri yang jauh. Diibaratkan jika kita lemparkan ditengah lautan, insyaAllah ianya menjadi sebuah pulau yang begitu indah sekali. Siapa sangka. Aku begitu malu dan tunduk padanya yang begitu zuhud, ceria dan mudah didekati. Kesunyian yang aku hadapi diisi oleh sahabat sepertinya. Alhamdulillah, beliau dikurniakan akal fikiran yang baik untuk terus beruasaha mencapai matlamatnya. Moga Tuhan merahmatinya selalu.

Bukan mudah mencari khalifah yang berjuang atas dasar Islam dihatinya. Bukan mudah juga kita memiliki mutiara yang begitu bernilai dikala orang masih membuangnya begitu sahaja. Coretan seorang sahabat kepada sahabatnya, Qirana Ain. Syuqran jazilan kathira.

Kala subuh telah bersinar
Daku datang untuk berdoa
Kala sang suria bersinar memancar
Daku datang sujud dan memuja

Hidupku pasrah kepada Mu
Ibadahku hanya untuk Mu
Ku sebut nama Mu Allahhu Akbar

Ku harap pada Mu semata
Sebelum jasad menjadi tanah
Hapuskan segala dosa
Disengaja atau tiada

Tuhanku ku pohon restu Mu
Perjuanganku hanya untuk Mu
Kusebut nama Mu Allahhu Akbar

Ku harap hidayah dari Mu
Dalam menempuh jalan hidupku
Cintaku hanya untuk Mu
Kebahagiaan yang ku harapkan

Tuesday, August 11, 2009

Menyelongkar Lubuk Kasih Seorang Insan


Betapa sukarnya diri ini untuk menyelongkar hati insan yang kusayangi yang selama ini ku doakan pada mereka atas dasar cinta dan taat. Sungguh besar pengorbanannya pada diriku selama ini. Aku begitu sanjung akan dirinya walaupun berat sekali untuk meluahkan kata-kata rindu. Begitu kecil diriku untuk membalas segala jasanya yang melimpah ruah sedangkan aku selalu menyakitinya.

Ayah, maafkan anakmu ini dikala aku masih berdegil. Ibu, ampunkan segala dosa yang ku lakukan ketika sedar mahupun tidak. Aku masih diawangan sedangkan dosaku terlalu banyak mencurah. Aku tidak sempat mengucapkan kata maaf kerana mereka telah pergi meninggalkan adik beradiku. Walaupun aku menangis air mata darah sekalipun belum pasti jasadnya hidup kembali seperti sediakala. Mereka pergi dengan aman, tiada siapa untuk berteman, aku sering kali menangis kesepian, pergi mencari rezeki keseorangan, hidup menagih simpati senantiasa. MasyaAllah!

Bukan mudah untuk mencapai langit yang tertinggi. Aku terkapai-kapai diawangan dek terlalu kerdil diri ini. Bagaiamanakah cara untuk aku menebus segala dosa pada mereka? Ya Allah aku kebingungan. Aku sering bertanya pada diri sendiri. Hanya aku sahaja yang mengetahui jawapannya. Engkau sahajalah yang dapat memberi ketenangan didalam jiwa. Aku terus berdoa dan berdoa pada mereka semoga rohnya kekal bersemadi dengan aman. Alfatihah aku kirimkan.

p/s : Suratan hati pada masa yang tidak terhingga kelak.

Bagaimanakah Hijab Di Mata Para Muslimah?

Gambar Hiasan

Salam kepada pada pembaca. Kita boleh membuat andaian bagaimanakah hijab para wanita didunia. Alangkah sedihnya kita sebagai umat Islam.

Thursday, August 6, 2009

Rakaman Takbir Raya 2009



Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa Allah swt atas kurniaan dan kesempatan saya dan krew terlibat didalam rakaman ini pada 4 ogos 2009 lepas di Masjid Al-Falah Subang Jaya. Antara selebriti yang hadir adalah Ustaz Asri Rabbani, Ustaz Akil Hayy Rawa, Azwan Far East, Inteam, Ustaz Dzulkarnain (Kalam Suci, Astro Oasis), imam masjid dan geng KTI sendiri. Diatas ini saya selitkan beberapa gambar untuk tatapan semua. Saksikan kami pada 1 Syawal di Astro Oasis. InsyaAllah.

Friday, July 31, 2009

Adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal



Bila diriku ini sentiasa jauh dariNya, beliaulah yang membantuku bangun dari kekecewaan ini. Tidak sanggup kuungkap kata-kata pahit yang telah ku alamai selama ini. Beliau lebih susah dari apa yang pelajar lain alami, beliau terus tekun dan tawakkal kepadaNya tidak henti-henti. Akan ku selitkan ruang untuk bersemuka dengan beliau suatu hari nanti. Hanya sistem pesanan ringkas tidak menggamit rasa rindu, aku ingin berjumpa dengannya. Beliau saya baru kenali melalui SMS sahaja membuatkan diri ini mahu mengenalinya lebih dekat.

Beliau seorang yang bersahaja, peramah malah pemikirannya lebih matang dari usianya membuatkan aku teruja melihatnya. Usaha dan tawakkalnya terus membawa kejayaan beliau dengan mencapai 19 A1 dan 1 A2 pada SPM 2008 lepas. Pelbagai pujian diterimanya, meskipun tidak pernah rasa meninggi diri pada beliau. Betapa zuhudnya beliau disamping pelbagai ragam manusia di persekitarannya. InsyaAllah, jika diberi peluang, ingin saya kongsikan pelbagai ilmu bersamanya. Catatan Hati Muhammad Qaf Qayyum, 23:20 pm.

p/s : pembaca boleh lihat beberapa gambarnya di Nik Madihah

Thursday, July 30, 2009

Sambutan Hari Terakhir Puan Baini







Salam kepada pembaca budiman. Gambar diatas adalah hari-hari terakhir Puan Baini (berbaju coklat) di HUSM. Kami mengambil peluang dengan meraikan hari terakhir beliau di HUSM. Diatas adalah sekitar makan tengahari di restoran Matahari berdekatan HUSM juga.

Ku Menadah pada Ilahi

Klik untuk view lebih besar

Aku menadah dan meminta kepadaMu Ilahi. Apakandaya aku kerana aku manusia biasa. HidayahMu yang menguatkan aku untuk terus berhikmat pada alam. Diri ini penuh dugaan dan cacat celanya, membuatkan diri ini sentiasa rebah dan terus tunduk pada alam. Alangkah hinanya diri apabila diperbuat begitu. Tatkala orang lain masih meratap alam, aku hanya mentafsir sendirian apa maksud alam sebenarnya. Begitu indah hidayahMu kepada insan lain seperi kekasihMu sendiri. Berilah ia didalam hati walaupun sedikit. Aku bersyukur sepenuh jiwa raga. Alhamdulillah dengan hidayah yang sedia ada aku terus bangun dan pulihkan hati yang gelap ini dengan dosa noda. Bagaimana insan lain ya Rob? Pulihkan hati mereka jua seperti hati insan Kekasihmu itu. Ilal liqa'.

Wednesday, July 29, 2009

Rakan searah di HUSM Kubang Kerian

Gisel (beliau orang Indonesia tapi bendera dibelakangnya tidak menampakkan beliau orang dari sana)

Nik (sentiasa senyum) dan Qayyum (bersahaja)

Puan Baini (sentiasa makan..tak kenyang-kenyang lagi!) dan Amalina (pendiam+pemalu orangnya!)
p/s : Camerawoman kita ni empunya blog (Aadilah nama diberi). Dipetik dari blog beliau Raudah Mahabbah