Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1432H

Salam kepada pembaca semua. Genap 1 Ogos 2011 kita menyambut hari besar dalam Islam iaitu Ramadhan Al Mubarak 1432H. Saya tidak ketinggalan untuk mengucapkannya kepada seluruh uamt Islam, sahabat-sahabat, kaum keluarga, sanak saudara yang jauh mahupun dekat. Moga Ramadhan kali ini membawa 1000 erti dalam kehidupan dan himpunkan seberapa banyak pahala didalam bulan yang mulia ini.

Perbanyakkan zikir, membaca al quran, sedekah dan macam-macam lagi kita boleh lakukan didalam bulan ini. Berbeza dengan 11 bulan yang lain dari segi pahalanya, didalam bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala setiap perbuatan kita. Fikirkan.

Sunday, July 17, 2011

Gadget?

Salam kepada pembaca yang budiman. Saban tahun kita menunggu kehadiran gadget-gadget baru dari Nokia, Sony Ericsson, Samsung, HTC, iPhone dan sebagainya. Setiap kehadiran gadget-gadget baru, kita pasti akan menukat kepada gadget yang lebih cantik, berteknologi tinggi dan memudahkan urusan kita seharian.

Saya juga tidak ketinggalan untuk menikmati gadget-gadget yang lebih canggih dan dapat merasai sendiri kehebatan teknologi yang ada sekarang. Pilihan pertama saya untuk gadget adalah HTC Desire HD Gingerbread 2.3 , Android.


HTC Desire HD

Menagapa saya memilih HTC Desire HD? Sebabnya ianya sesuai dan aplikasinya memuaskan hati saya. Iphone 4 juga tidak ketinggalan hebatnya kerana pilihan saya adalah HTC. Anda boleh layari laman sesawang HTC di HTC Desire HD dan melihat sendiri spesifikasinya.

Sunday, April 3, 2011

Kejohanan Bowling Piala Dekan 2011

Piala, hamper dan medal

Team 'Striker' mendapat tempat kedua.

Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana memberi kekuatan kepada saya untuk bermain bowling buat pertama kalinya memasuki pertandingan untuk Piala Dekan 2011 di Wangsa Walk Kuala Lumpur. Ramai peserta yang hebat-hebat tetapi Allah memilih kami untuk menduduki tempat kedua dari 24 peserta semuanya. Syukur Alhamdulillah sekali lagi.

Sunday, March 27, 2011

Demam

Salam kepada semua pembaca yang budiman. Minggu lepas saya terkena serangan penyakit yang dinamakan "demam selesema dan pening kepala". Ya Allah, hanya Dia yang tahu saat sakit menerima semua tuh tapi saya bersyukur sebab setiap penyakit yang saya terima,dosa-dosa kita digugurkan. Alhamdulillah. Seminggu jugak la demam saya berlarutan sehinggakan kuliah saya terbantut, kehadiran di buku kehadiran dah tidak cantik seperti biasa..perasan jugak..

Selepas jer baik dari penyakit, suara saya berubah menjadi gaghau (garau) disebabkan kesan demam semua tuh. Dekat seminggu saya mendiamkan diri tak boleh melalak seorang diri didalam bilik. Selalunya saya akan menyanyi untuk kepuasan diri sendiri walaupun suara memang tak sedap langsung. \(^_^)/..akhir kalam saya, jika terkena penyakit, musibah, mehnah dari Allah, ucapkanlah Alhamdulillah kerana kita masih hidup..itu bonus dari Allah..

Monday, February 21, 2011

Program Hujung Minggu

Salam kepada pembaca yang budiman. Cuti hujung minggu 2 hari yang lepas diisi dengan penuh program. Syukur pada Allah kerana diberi kekuatan walaupun badan penat pada awalnya ke UKM Bangi untuk melihat konsert nasyid. Terima kasih juga kepada sahabat karib saya iaitu Taqiuddin kerana memberi peluang menumpang dibiliknya untuk semalaman. Keesokannya, saya bergegas ke stadium Malawati untuk melihat kawasan untuk konsert Maher Zain bersama team KTI, UIA, MZMFC, Nasyeed.com dan ramai lagi.

Bunting dan poster di stadium Malawati

Ukhwah yang berkekalan

Bergambar seusai kerja

Afnan mempromosi album Maher Zain

Muslimat tidak melepas tangan membantu

Tuesday, January 25, 2011

Aku dan Nasyeed

Lagu nasyid pertama yang saya dengar ialah Puji-Pujian, nyanyian Raihan.

Album nasyid pertama yang saya beli ialah album Raihan.

Fan club nasyid yang pertama saya sertai ialah Komuniti Sahabat Hijjaz (KSH) dan saya sudah memiliki kad ahlinya beserta diskaun yang ditawarkan.

Artis nasyid pertama yang follow blog ini iaitu abang Azadan dari Rabbani.

Artis pertama yang makan semeja (sebelah saya) ialah
Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani.

Artis pertama yang melepak ditepi jalan sambil makan char kueh tiow goreng di Pantai Dalam iaitu Hijjaz dan Syifa'. Waktu itu seusai program di RTM Angkasapuri kalau tak silap. Terima kasih abang-abang Syifa' kerana belanja.

Artis pertama yang mengajak main bowling bersama iaitu Inteam tapi saya tak minat main bowling ketika itu so Inteam jer main. Waktu itu, Inteam ada program di Kelantan sebelah malamya (di stadium Muhammad ke IV). Kami main di Pacific Bowl KB Mall.

Saya sertai Komuniti Sahabat Hijjaz ketika itu belum wujud lagi KTI,FU,KJU dan lain-lain

Lagu nasyid pertama yang saya nyanyi berkumpulan ketika menyertai kumpulan nasyid IPT ialah Kau Sahabat Kau Teman dari Hijjaz sehinggakan ada beberapa wanita menitiskan air mata.

Lagu nasyid terakhir yang saya nyanyi berkumpulan ketika di KIAS, Nilam Puri pada tahun 2010 bersama kumpulan One Deen.

Album pertama yang saya rakamkan bersama sahabat-sahabat semunyid iaitu album Satu Destinasi pada tahun 2010 (InsyaAllah akan diterbitkan awal Februari 2011).

Konsert nasyid pertama yang saya tonton secara live adalah Konsert Hijjaz (lupa dimana tapi area Kuala Lumpur).

Artis nasyid pertama yang saya jumpa secara live adalah abang Abai dari Hijjaz yang merupakan Presiden KSH pada tahun 2006.

MTV Karaoke nasyid pertama yang saya beli adalah MTV Karaoke Hijjaz (lupa tajuknya).

Artis nasyid pertama yang saya dapat nombor telefonnya ialah abang Abai Hijjaz (kalau tak silap saya). Itupun atas sebab program KSH suatu ketika dahulu. Rindu pada abang Abai.

Rumah artis nasyid pertama yang sempat saya 'tumpang tidur' dirumahnya adalah rumah Taqiuddin dari NICE.

Rumah artis nasyid terakhir yang saya kunjungi adalah rumah keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani di Shah Alam (memberi sumbangan bersama rombongan KTI).

Kali terakhir berjumpa
Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani sewaktu sama-sama rakaman takbir raya pada tahun 2009 di Masjid A-Falah PJ. Ketika itu juga ada kumpulan Inteam, Azwan Far East, Ustaz Dzulkarnain (Kalam Suci), Ustaz Akill Hayy, sahabat-sahabat KTI dan jemputan yang lain.

Kereta milik artis nasyid yang pertama saya naiki ialah kereta Estima milik Amin Inteam. Waktu itu beliau mengambil saya di stesen Sg. Buloh ke pejabat IRSB. Terima kasih abang Amin.

Artis pertama yang mengajar saya tentang vokal nasyid iaitu abang Isman Hijjaz sewaktu impian ingin memasuki Akademi Nasyid dahulu kala tidak tercapai (sedih sangat).

Artis nasyid luar negara yang pertama saya jumpa ialah Maher Zain (2010) sewaktu menyambut beliau di KLIA bersama Inteam, Maher Zain Fun Club, TV3, TV9 dan lain-lain.

Artis nasyid yang banyak memberi nasihat dan dorongan pada saya tentang nasyid adalah Taqiuddin NICE, abang Amin Inteam, abang Isman Hijjaz dan abang Zidan Syifa'.

Artis pertama saya naiki motosikalnya iaitu abang Zidan Syifa' (Gold Wing 1000cc). Kami membonceng dari KL Sentral-Damansara (dahulu pejabat Saujana+Syifa' dan sekarang kepunyaan pejabat IRSB).

Rumah artis nasyid pertama yang sempat diziarah adalah rumah abang Amin Inteam.

Saya pernah naik 1 kereta dengan abang Amin Inteam, abang Syah Inteam dan Taqiuddin NICE.

Artis nasyid pertama yang saya dapat berbual dalam telefon ialah abang Abai Hijjaz berkenaan program KSH.

Artis Malaysia pertama yang datang melawat kerumah saya iaitu Ejam (drummer Bunkface+CODA).

:: semoga berjaya industri nasyid Malaysia ::

Sunday, January 16, 2011

Maher Zain Live In Concert

Tapak niaga & kedudukan cluster
------------------------------------------------------------------------------------------------

Venue :
Malawati Stadium, Shah Alam

Dates :


25th & 26th February 2011


Time:


8pm onwards


Ticket Price :


RM 297.00, RM 253.00, RM 203.00, RM 103.00 and RM 53.00

Info tambahan : Jika sesiapa yang berminat, boleh PM saya di Facebook untuk mendapatkan tiket. Siapa cepat dia dapat!

Friday, November 12, 2010

Album Satu Destinasi


Cover album Satu Destinasi



Priview lagu Cita & Harapan dari Suffian


Salam kepada pembaca budiman yang dirindui selalu. InsyaAllah album Satu Destinasi (gambar) akan diterbitkan dalam bulan Januari 2011 nanti. Apa yang istimewanya album ini, ianya terdiri daripada penasyid-penasyid dari Serambi Mekah yakni Kelantan Darul Naim. Kumpulan penasyid-penasyid ini masih menuntut di IPT-IPT tempatan. 4 kumpulan terdiri daripada Suffian, Elham, Eltiezam dan One Deen, semuanya anak jati dari negeri Kelantan.

InsyaAllah semoga album ini dapat memangkin penasyid muda mengembangkan bakat mereka serta memajukan industri nasyid Malaysia bersama otai-otai seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam dan ramai lagi.Ini adalah album pertama dari negeri Kelantan dan antara kumpulan yang bergiat aktif sekitar negeri Kelantan mahupun diluar. Semoga album ini mendapat sambutan dari pelbagai pihak dan mendapat syafaat darinya. Ameen.

Friday, October 15, 2010

Konsert Maher Zain pada 14 Okt 2010.

Salam kepada pembaca yang budiman. Alhamdulillah konsert Maher Zain semalam telah berjaya dilaksanakan. Antara artis yang menyerikan majlis adalah Inteam, Kak Aisyah dan 2 orang pengacara comel iaitu Fedtri Yahya dan Wardina Safiyyah. Terima kasih kepada sahabat saya, Husaini kerana memberi peluang kepada saya untuk ke MBSA walaupun keadaan yang agak sukar. Syukur Alhamdulillah.

Maher Zain on stage.

Saya bersama Ustaz Hasrizal Jamil.


Pengasas Raudhatul Sakinah.

Gaya seorang pejuang Islam masa kini. MashaAllah!

Back up singer untuk Maher Zain.

Kak Aisyah dengan lagu "Anak". Ilham darinya sendiri.

Inteam dengan lagunya "Allahu Rabbi", sungguh bertenaga.

Ustaz Hasrizal Jamil bersama zaujahnya.

Sungguh memukau persembahan malam tadi.

Saya bersama Muaz (Maher Zain versi melayu tulen).

Inteam seusai persembahan.

Thursday, September 16, 2010

Salam Lebaran 1431H / 2010M

Alhamdulillah di hari lebaran yang mulia ini, kami sekeluarga memang sambut ala kadar sahaja. Terima kasih juga kepada teman-teman di KTI, sahabat semunsyid dan jiran-jiran sudi ziarah kerumah. InsyaAllah kita berbalas ziarah kerana ianya amalan mulia Nabi Muhammad SAW.

Selamat Hari Raya 1431H saya ucapkan kepada rakan taulan dan umat Islam seluruh dunia.

Ayahanda dan bonda tercinta.

Sahabat handai juga sudi datang ziarah kerumah pada raya kedua.

Keluarga besar saya cuma seorang sahaja adik tidak kelihatan kerana berada di Mesir saat ini.

Bersama keluarga di laman rumah