Monday, August 26, 2013


Salam budiman kepada semua pembaca. Sudah lama saya tidak meng'update' blog saya. Sudah bersawang tapi sentiasa dibuka. Syukur alhamdulillah, sudah genap 1 tahun 3 bulan puteriku membesar dengan kasih sayang serta tunjuk ajar Islam disaat dia membesar. Moga kesolehan si anak ini mengikutinya ketikanya dewasa kelak. 

Dek umat akhir zaman ini, sentiasa berwaspada dengan pengaruh serta cacat cela dunia yang semakin menular. Allah Maha menjaga hambanya yang sentiasa ingin berubah dan menukar keIMANan kearah lebih baik.


Monday, May 28, 2012


Alhamdulillah, puteri sulung kami selamat dilahirkan pada 27 Mei 2012 di Hospital Perempuan Zainab II Kota Bharu..ayahnya 4 Mei 1984..ibunya 1 Mei 1984..serentak bulan Mei. Moga menjadi anak yang solehah, penyejuk mata walid dan uminya...ameen..

Monday, February 13, 2012

Perjalanan 2012

Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman. Sudah sekian lama saya tidak update blog yang tak seberapa tetapi pengisiannya amat penting. Pada 1 Februari 2012, mak, ayah, adik dan Pak Su ke Jakarta atas tujuan tertentu. Suka bila melihat gambar-gambar yang terpapar. Perjalanan di Jakarta selama 6 hari untuk melihat kawasan sekitar Indonesia.

Thursday, October 27, 2011

Bekas NC USM dirai 'Majlis Jasamu Dikenang'

Dzulkifli Abdul Razak menaiki beca sebagai gimik Majlis Persaraan Jasamu Dikenang di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, baru-baru ini.

KOTA BHARU 26 Okt. - Bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak diraikan dalam satu majlis di Kampus Kesihatan universiti itu di Kubang Kerian kelmarin.

Majlis itu diadakan sebagai menghargai sumbangan besar Dzulkifli dalam membawa USM ke mercu kejayaan selama 40 tahun berkhidmat di universiti tersebut termasuk 11 tahun sebagai Naib Canselor.

Antara kejayaan tertinggi beliau ialah mendapatkan USM status Universiti Apex sekali gus menjadikannya satu-satunya universiti di negara ini mendapat pengiktirafan tersebut.

"Saya tidak mungkin melupakan peranan yang diberikan oleh semua yang terlibat dalam mendapatkan status berkenaan sekali gus meletakkan USM di suatu tahap yang membanggakan," katanya berucap di 'Majlis Jasamu Dikenang' di sini.

Turut hadir Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed dan Pengarah Hospital USM (HUSM), Datuk Dr. Zaidun Kamari.

Dzulkifli berkata, walaupun telah berundur secara rasmi dari USM pada 27 September lalu, namun beliau tetap berhubung dengan universiti itu yang telah dianggap sebahagian daripada dirinya.

Sepanjang berkhidmat, Dzulkifli memegang beberapa jawatan penting peringkat nasional dan antarabangsa antaranya Pengarah Pengasas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Presiden Persatuan Institusi Pengajian Tinggi Asia Tenggara, Naib Presiden Pertubuhan Universiti Antarabangsa dan Ahli Lembaga Penasihat Forum Universiti Dunia di Davos, Switzerland.

Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Malaysia, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia dan Penerima Anugerah Melayu Cemerlang.

Selepas menamatkan tugas di USM, Dzulkifli dipilih menjadi Naib Canselor Universiti Antarabangsa Al-Bukhary yang ditubuhkan di Jalan Tun Razak, Alor Setar, Kedah dan berharap kerjasama USM untuk sama-sama membangun dan memajukan universiti itu.

"Saya berbesar hati menerajui universiti yang satu-satunya berkonsepkan wakaf," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Thursday, October 13, 2011

InsyaAllah Sambung Belajar!

Salam kepada pembaca yang budiman. Tahun depan bermula status saya sebagai pelajar kembali setelah 7 bulan sebagai status bekerja. Pengajian saya ini diperingkat Master of Sciences di USM Kubang Kerian. Pada mulanya saya berfikir dua kali untuk menerima tawaran ini tetapi atas desakan dan semangat ayng kuat dari keluarga, saya bertekad untuk menyambung pengajian saya diperingkat seterusnya. Memandangkan impian saya untuk bergelar pensyarah universiti, semoga berjaya.

Perjalanan saya yang agak jauh, penuh duri dan berliku bakal ditempuh tahun depan. Didalam keluarga, adik perempuan saya sudah melangkah ke peringkat Sarjana. Adik berada di UPSI (Master of Education), sekarang beliau di semester kedua. Tujuan kami menyambung pengajian adalah untuk membantu mak ayah dan adik-adik serta memberi semangat untuk terus berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Ilmu tidak pernah pudar mahupun hilang. Lagi kita menambah ilmu, dari situ kita dapat mengenal dunia dan terus manfaatkan dunia ini untuk kepentingan ummat.

Sunday, October 9, 2011

Santapan Malam di Bora Ombak, Ampang KL

Alhamdulillah pada 6 Oktober 2011 (Jumaat) yang lepas, saya dan 2 orang kawan bersama Pak Su (Nik Azmi Consultant Designer) sempat ke Bora Ombak di Ampang KL. Kami tiba di Bora tepat jam 9.30 malam. Suasana di Bora Ombak memang berbeza dengan restoran melayu yang lain kerana ianya berkonsepkan ala-ala Bali. Setiba saya disana, agak terkejut kerana suasananya amat cantik dan instrumental sahaja. Sesuai untuk keluarga dan pasangan suami isteri yang inginkan 'privacy' dan menenangkan fikiran.

Jika ada kelapangan, saya akan mengajak isteri dan keluarga datang bertandang ke restoran yang serba ada dan indah dengan permandangan yang cukup romantis. Iringan muzik juga membuatkan suasana menjadi hidup. Untuk pengetahuan pembaca, Didi (ex-Akademi Fantasi) pernah menjadi penghibur di restoran ini suatu ketika dahulu, sebelum beliau ke AF.

Monday, September 12, 2011

Sambung Belajar?

Ingin menyambung pengajian diperingkat seterusnya? Itulah yang bermain difikiran saya buat masa ini kerana memang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian keperingkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Impian dan harapan terlalu menggunung untuk mencapai tahap tertinggi, kudrat dan tenaga hanya mampu mencapai apa yang ada. Perlukah saya berusaha adn berusaha?

Benar kata seorang pujangga dunia, belajar biar sampai kenegeri China. Belajar selagi hayat dikandung badan. Saya akan pimpin kata-kata itu, mana tahu apa yang saya pegang itu boleh menjadi penawar untuk melalui onak-onak duri kehidupan zaman sekarang. Tepuk dada tanya ilmu.

Saturday, September 3, 2011

Salam Lebaran 1432H

Assalamua'alikum wbt
Syukur kepada Allah SWT kerana diberi kekuatan dan kudrat untuk menyambut Aidilfitri 1432H bersama keluarga dan isteri tercinta. Raya tahun ini agak sibuk kerana beraya dirumah mertua dan keluarga sendiri.Tahun ni tak balik kampung di Pulau Pinang (sebelah mak) kerana cuti kerja terlalu pendek tapi beraya di Kelantan lagi meriah barangkali.

Bersama sebahagian adik-beradik

Zaujah dan adik kandung perempuan

Bersama zaujah tercinta.

Sebahagian keluarga tercinta di teratak 1011.

Sunday, August 21, 2011

Buku Qiraat 10 Mutawatirah Surah A-Fatihah

Alhamdulillah, buku ketiga dapat diterbitkan. Buku ini dimulai dengan pengenalan ilmu Qiraat secara ringkas yang membincangkan tentang definisi Qiraat, hikmah kepelbagaian Qiraat, dalil wujud kepelbagaian bacaan al-Quran, Biografi Imam Hafs, Sanad Riwayat Hafs, dan senarai nama-nama imam Qiraat Sepuluh beserta perawi masing-masing.

Pada bahagian akhir buku ini diperjelaskan satu persatu perbezaan Qiraat Sepuluh di dalam surah al-Fatihah SECARA BERWARNA bagi memudahkan pembaca memahami dengan jelas. Dapatkan buku ini di pasaran sekarang (Syarikat Jaffar Rawas, Toko Warisan Trading Tingkat 1-Joo Chiat Complex Singapura atau di PKPII KIAS, Nilam Puri )

Info lanjut : Al - Tartil

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1432H

Salam kepada pembaca semua. Genap 1 Ogos 2011 kita menyambut hari besar dalam Islam iaitu Ramadhan Al Mubarak 1432H. Saya tidak ketinggalan untuk mengucapkannya kepada seluruh uamt Islam, sahabat-sahabat, kaum keluarga, sanak saudara yang jauh mahupun dekat. Moga Ramadhan kali ini membawa 1000 erti dalam kehidupan dan himpunkan seberapa banyak pahala didalam bulan yang mulia ini.

Perbanyakkan zikir, membaca al quran, sedekah dan macam-macam lagi kita boleh lakukan didalam bulan ini. Berbeza dengan 11 bulan yang lain dari segi pahalanya, didalam bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala setiap perbuatan kita. Fikirkan.