Thursday, April 30, 2009

Perginya seorang umat Muhammad SAW (Nenekku)

Gambar hiasan

Dikala aku sibuk dengan tugasan harian di kota besar Kuala Lumpur, dimalam hari, terdengar deringan telefon tanganku berbunyi mengatakan nenekku nazak serta tenat dikampung kelahiranku, Kelantan. Terasa degupan jantungku berdegup kencang ibarat dihempas dek ribut yang begitu kuat. Entah bagaimana, nafasku tercungap-cungap, pelbagai prasangka didalam benak fikiranku. Ayahku memaksaku pulang segera pada malam tersebut kerana kemungkinan besar nenekku akan pergi buat selama-lamanya. Berbekalkan doa dan istighfar, aku menyuruh rakan karibku membeli tiket bas serta merta dan alhamdulillah masih ada walaupun agak lewat membelinya. Tepat jam 10 malam, aku terus ke stesen bas Putra berbekalkan kecekalan serta panik seketika, terus menaiki bas tersebut dengan keadaan yang agak pantas. Syukurpada Allah atas kurniaanNya memberiku ruang untuk pulang kekampung menziarahi nenek.

Lagu "AllahuRabbi" serta "Redha" nyanyian Inteam reunited (album baru) menggamit telingaku disaat aku didalam bas kerana ianya dapat mengubat rasa rinduku pada nenekku yang banyak membuat jasa padaku dikala ia masih gagah dan kuat. Lagunya begitu puitis dan terus melenakan tubuhku yang teramat penat dek kerana mengejar masa yang begitu suntuk tadi. Tepat jam 4.30 pagi, keindahan kota raya Islam Kota Bharu mengejutku dari tidur yang kurang lena kerana goncatan bas kekiri dan kekanan begitu membuatku sedar tak sedar. Tiba dirumah agamku, ramai saudara mara berhimpun menungguku pulang, ada dari Penang, dari Kuala Lumpur sendiri. Alangkah ramainya.

Dikala suasana sepi, diselingi angin merdu dan cengkerik di pagi hari, tubuh nenek yang terlunjur kaku menyebabkan air mata keinsafanku rebah kebumi bersama hati yang selalu membuat dosa kepadaNya. Ya Allah, Kau ampunkan segala dosaku yang selama ini jauh dariMu..amin. Aku dan beberapa saudaraku menyiapkan tempat mandian jenazah nenek serta peralatan yang diperlukan. Selepas solat Jumaat, kami solat jenazah dan terus simpan tubuh nenek di Tanah Perkuburan Islam Paya Bemban bersama kubur datuk dan nenek sebelah ayah. Perginya seorang umat Muhammad SAW yang begitu besar pengorbanannya pada dunia. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dengan seluas-luasnya. Amin.

Ku hadiahkan catatan hati ini pada:
1. Ibu ayah
2. Para pensyarah
3. Rakan searah

Sunday, April 19, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 - III

Dua otai, dari kiri: Ito Lara (kanan) - Penulis lirik industri nasyid manakala Saiful Islam - Penulis buku terkenal (best seller)

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan buku beliau di Anbakri Publisher.

Inteam beramah mesra bersama Tuan Guru

Inteam menghadiahkan produk mereka kepada Tuan Guru

Betapa zuhudnya beliau dimana sahaja beliau berada. MasyaAllah, ini yang ku harapkan dariNya.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 - II

Catatan hati - Nik Nurul Madihah Binti Nik Mohd. Kamal, buku yang sudah ku miliki beserta tandatangan beliau, tandatangan ayah dan tandatangan umminya yang disayangi. Diharap buku ini menjadi inspirasi kepada diri yang hina ini dan masyarakat amnya.

Alhamdulillah, sempat juga bergambar bersama abang Hazamin Harun dari Inteam.

DJ hebat masa kini dari Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Adik Nik Nurul Madihah menandatangani buku beliau kepada para peminat.

Adik Nik Nurul Madihah bersama umminya di booth Hijjaz (HRSB) di gerai 80

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 - I

Disinalah booth yang saya jaga dari 17 April - 26 April 2009

Saya bersama penulis buku terkenal, Ust. Hasrizal (saifulislam.com) semasa sesi sembang mesra bersama beliau, Banyak ilmu yang dicurahkan kepada kami (disitu juga ada abang Ito Lara, Husaini dan Safwan).

Saiful Islam menceritakan detik perit sebagai penulis terkenal abad ini.

Rabbani dan Ito Lara bersama pengacara TV3, Fitri Yahya.

Inteam semasa sesi penggambaran bersama peminat mereka.

Monday, April 13, 2009

Kasihku Para Wanita Solehah (My Solehah)






T Taat pada suami
A Allah diutamakan
Q Quran di junjung
W Wanita solehah
A Amanah tunai tanggungjawab

T Tunjuk kasih sayang
A Anak pandai dididik
A Akhlak mulia
T Tutup keaiban suami

S Solat dijaga
O Org tua dihormati
P Puasa dikerjakan
A Aurat di pelihara
N Nabi dicontohi


Ciri ciri wanita solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Thursday, April 9, 2009

Catatan Hati Nik Nur Madihah - Buku Pilihanku Masa Ini



Si ayah bergelut dengan gelombang.Si ibu bergelumang dengan perit harian.Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.

Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda. Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah kejayaan!

PELAJAR SPM TERBAIK MALAYSIA 2008-20A

PERINCIAN BUKU :
Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman Penulis : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal & Ummu Hani Abu Hassan Editor / Pruf / Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : Zuryati Isa Konsep Kulit Buku : Abaios/Bert Rekabentuk Kulit : Fadly Halim Muka Surat : 130 Terbitan : Hijjaz Records Publishing Edaran : Marketing Dept. HRSB Tarikh diPasarkan : April 2009 Harga Semenanjung : RM25.90 Harga Sabah / Serawak : RM27.90 Harga Singapore / Brunei : $15.00