Johan festival nasyid negeri Selangor, Nahwan Nur. Sumber gambar dari Pyan Saujana
Alhamdulillah 23 Januari 2010 lepas saya sempat ke UNISEL untuk menyaksikan festival nasyid peringkat negeri Selangor. 16 kumpulan turut bertanding terdiri daripada 8 nasyid moden dan 8 tradisional. Antara penasyid profesional yang turut hadir adalah Pyan Suajana, Azwan Far East, Bazli UNIC dan En. Ito Lara. Juri yang terlibat didalam festival ini adalah Ustaz Sahibul, abang Idzhar NOWSEEHEART dan bro Razin Mestica (sahabatku dari Timur).
Sebelum program bermula, saya sempat pekena bakso di gerai berhampiran bersama bro Razin Mestica dan abang Zaidi dari Wildan. Sememangnya mereka ini 'hantu' kepada bakso, maklumlah makanan dari Jawa. Thanks kepada abang Zaidi kerana belanja kami berdua. Abang Zaidi sebenarnya pengacara di festival tersebut. Kami sempat berkenalan buat kali pertamanya di gerai bakso. Mesra orangnya.
Diakhir majlis, persembahan penutup dari kumpulan Inteam dengan mempersembahkan 2 buah lagu iaitu 'Dia Muhammad' dan 'Allahu Rabbi'. Sungguh bertenaga walaupun dihujung waktu. Tabik spring juga lah. Selepas show Inteam, saya bergegas ke belakang pentas untuk bertemu abang Amin kerana berjanji ingin berjumpa tetapi dia sudah pulang awal kerana urusan kerja. Sempat dia SMS kerana hal itu. Sempat juga jumpa abang Rahim dan keluarga yang ingin berjalan-jalan katanya bersama Wish puteh kesayangan beliau. Bila la dapat naik Wish dia.
No comments:
Post a Comment