Thursday, August 6, 2009

Rakaman Takbir Raya 2009



Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa Allah swt atas kurniaan dan kesempatan saya dan krew terlibat didalam rakaman ini pada 4 ogos 2009 lepas di Masjid Al-Falah Subang Jaya. Antara selebriti yang hadir adalah Ustaz Asri Rabbani, Ustaz Akil Hayy Rawa, Azwan Far East, Inteam, Ustaz Dzulkarnain (Kalam Suci, Astro Oasis), imam masjid dan geng KTI sendiri. Diatas ini saya selitkan beberapa gambar untuk tatapan semua. Saksikan kami pada 1 Syawal di Astro Oasis. InsyaAllah.

Friday, July 31, 2009

Adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal



Bila diriku ini sentiasa jauh dariNya, beliaulah yang membantuku bangun dari kekecewaan ini. Tidak sanggup kuungkap kata-kata pahit yang telah ku alamai selama ini. Beliau lebih susah dari apa yang pelajar lain alami, beliau terus tekun dan tawakkal kepadaNya tidak henti-henti. Akan ku selitkan ruang untuk bersemuka dengan beliau suatu hari nanti. Hanya sistem pesanan ringkas tidak menggamit rasa rindu, aku ingin berjumpa dengannya. Beliau saya baru kenali melalui SMS sahaja membuatkan diri ini mahu mengenalinya lebih dekat.

Beliau seorang yang bersahaja, peramah malah pemikirannya lebih matang dari usianya membuatkan aku teruja melihatnya. Usaha dan tawakkalnya terus membawa kejayaan beliau dengan mencapai 19 A1 dan 1 A2 pada SPM 2008 lepas. Pelbagai pujian diterimanya, meskipun tidak pernah rasa meninggi diri pada beliau. Betapa zuhudnya beliau disamping pelbagai ragam manusia di persekitarannya. InsyaAllah, jika diberi peluang, ingin saya kongsikan pelbagai ilmu bersamanya. Catatan Hati Muhammad Qaf Qayyum, 23:20 pm.

p/s : pembaca boleh lihat beberapa gambarnya di Nik Madihah

Thursday, July 30, 2009

Sambutan Hari Terakhir Puan Baini







Salam kepada pembaca budiman. Gambar diatas adalah hari-hari terakhir Puan Baini (berbaju coklat) di HUSM. Kami mengambil peluang dengan meraikan hari terakhir beliau di HUSM. Diatas adalah sekitar makan tengahari di restoran Matahari berdekatan HUSM juga.

Ku Menadah pada Ilahi

Klik untuk view lebih besar

Aku menadah dan meminta kepadaMu Ilahi. Apakandaya aku kerana aku manusia biasa. HidayahMu yang menguatkan aku untuk terus berhikmat pada alam. Diri ini penuh dugaan dan cacat celanya, membuatkan diri ini sentiasa rebah dan terus tunduk pada alam. Alangkah hinanya diri apabila diperbuat begitu. Tatkala orang lain masih meratap alam, aku hanya mentafsir sendirian apa maksud alam sebenarnya. Begitu indah hidayahMu kepada insan lain seperi kekasihMu sendiri. Berilah ia didalam hati walaupun sedikit. Aku bersyukur sepenuh jiwa raga. Alhamdulillah dengan hidayah yang sedia ada aku terus bangun dan pulihkan hati yang gelap ini dengan dosa noda. Bagaimana insan lain ya Rob? Pulihkan hati mereka jua seperti hati insan Kekasihmu itu. Ilal liqa'.

Wednesday, July 29, 2009

Rakan searah di HUSM Kubang Kerian

Gisel (beliau orang Indonesia tapi bendera dibelakangnya tidak menampakkan beliau orang dari sana)

Nik (sentiasa senyum) dan Qayyum (bersahaja)

Puan Baini (sentiasa makan..tak kenyang-kenyang lagi!) dan Amalina (pendiam+pemalu orangnya!)
p/s : Camerawoman kita ni empunya blog (Aadilah nama diberi). Dipetik dari blog beliau Raudah Mahabbah

Tuesday, July 28, 2009

Mawaddah (Lagu Keinsafan Diri)

Alhamdulillah, sudah lama saya tidak serius dalam menulis. Entry kali ini berkenaan kumpulan lama ditubuhkan. Kumpulan yang saya maksudkan adalah Mawaddah. Terpegun mendengar dendangan lagu oleh kumpulan ini. Menyentuh jiwa yang kering dek hawa nafsu ini. Menitis air mata keinsafan terkena tempias lagu mereka. Entah kenapa hati saya tertarik dengan lirik dan melodinya yang sangat puitis dan menyentuh hati kecil ini. Biarpun hanya lagu, ianya boleh merubah seseorang itu dari membuat kejahatan pada dunia. Ya Allah...segerakanlah merubah diri ini yang sering leka padaMu. Permudahkan segala urusan dunia yang semakin sulit. Tenangkanlah diri ini dari perkara yang tidak baik.

Lagu yang banyak menginsafkan diri ini dikala orang masih leka pada dunia. Dunia yang sementara membuatkan orang masih menyukainya makin bertambah. Alangkah ruginya orang itu dari terus membuat kejahatan dan malapetaka pada dunia. Sering kita dengar betapa dahsyat api neraka tapi apa langkah kita untuk mengelak darinya? Malah semakin kita dekat dan memintanya. Kebesaran Allah swt sentiasa kita pandang tapi apa tafsiran yang kita buat? Hanyalah memuji tetapi tidak mengambil iktibar atasnya. Teramat rugi dan terus rugi pada dunia. Seringkali saya menyebut perkataan "DUNIA" kerana dunialah kita leka padanya. Wahai teman yang budiman, kawan-kawan searah, para pensyarah, ibu ayah...ayuh bangunlah menginsafkan diri. Sekadar ini sahajalah cuitan hati kecil saya jam 4.55 petang.Wassalam. Ilal Liqa'.

Thursday, July 23, 2009

Kemuliaan AL-QURAN

اَللَّهُمَّ زَينِّاَّ بِزِيْنَةِ الْقُرْأَن
وَاَكْرِمْنَا يَا اَلله بِكَرَاَمةِ اْلقُرْأَن

Hiasilah diri kami
Dengan keindahan Al-Quran
Muliakanlah, Ya Allah, kami semua
Dengan kemuliaannya

Kurniakanlah
Keberkatan kalamMu Ya Allah
Agar menjadi pegangan kami
Di dunia ini

Dan menerangi kami
Dari kegelapan pusara nan sepi
Juga pembela kami
Kelak nanti di negeri abadi

Berikanlah kami
Kefahaman membacanya
Dan berikanlah kami
Kekuatan mengamalkannya
Perkenankanlah doa kami Ya Allah

استجب دعائنا يا الله يا الله

Thursday, July 16, 2009

Semalaman Bersama Inteam

Pose bersahaja dari kami.

Poster besar Kelantan Motorshow '09 di Stadium Kelantan Muhammad Ke - IV

Melayan peminat tidak henti-henti.




Suasana di dalam pameran kereta dan motosikal

Akhi Syah DJ kedua di pameran tersebut

Pose menarik dari akhi-akhi INTEAM walaupun penat semacam jer.

Semalam (15 Julai 2009) adalah hari yang amat sibuk bahkan kerja-kerja hariku di HUSM seperti biasa ditambah pula akhi Hazamin ajak main bowling di KB Mall pada jam 6 petang. Saya, ahli-ahli INTEAM bersama PRnya, akhi Fairus Zainal bermain bowling sekitar jam 6.30 petang. Sejam jer main sebab INTEAM ada program di perkarangan stadium jam 9 malam. Dah la siangnya INTEAM ada program perlancaran (tak tau perlancaran aper!) bersama Tok Guru dari jam 3 sampai 6 petang. Sebelah petang release tension dengan main bowling jer. Cian syeikh2 kita semua ni, tak ada transport nak jalan2.

Pelbagai gelagat boleh saya tengok diorang main. Akhi Syah dengan jogetnya bila strike, akhi Amin selamba jer, akhi Rahim senyum lebar bila strike kali kedua dan akhi Fairus angkat tangan bila semua pin jatuh.
Hebat belaka katakan. Saya tengok jer diorang main sebab kurang minat main bowling sebenarnya. Terima kasih sahajalah pada INTEAM yang nak sponsor saya main. Pada asalnya diorang berjanji nak main jam 9 malam tapi pihak penganjur masih perlukan INTEAM pada malam tersebut so saya terpaksa batalkan bowling jam 9 malam. Nasib baik jam 6.30 petang masih ada lane kosong. Terus tempah 1 lane kasi strikeee...hehe...

Saya hantar diorang balik hotel jam 8 malam setelah selesai solat jama' (INTEAM jer). Walaupun agak sibuk hari itu, saya sempatlah mengembirakan "pelancong" yang datang ke Kelantan seperti ini. Hotel diorang menginap dekat dengan rumah saya so apa salahnya saya hantar syeikh2 kita ni guna van usang saya (adik lelaki saya drive, saya tak handal pandu van).

Diatas ini saya sempat ambil gambar sekitar program INTEAM di stadium semalam. Tak sempat ambil banyak sebab masa tidak mengizinkannya. INTEAM tak dapat hadir pada 25hb ni sebab Sultan gering kata akhi Hazamin...bila datang KB, singgah umah saya yer syeikh2 semua...

Friday, June 26, 2009

Kubur Islam Yang HARAM


Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang
Islam
kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

wALLAHua’lam.

Thursday, April 30, 2009

Perginya seorang umat Muhammad SAW (Nenekku)

Gambar hiasan

Dikala aku sibuk dengan tugasan harian di kota besar Kuala Lumpur, dimalam hari, terdengar deringan telefon tanganku berbunyi mengatakan nenekku nazak serta tenat dikampung kelahiranku, Kelantan. Terasa degupan jantungku berdegup kencang ibarat dihempas dek ribut yang begitu kuat. Entah bagaimana, nafasku tercungap-cungap, pelbagai prasangka didalam benak fikiranku. Ayahku memaksaku pulang segera pada malam tersebut kerana kemungkinan besar nenekku akan pergi buat selama-lamanya. Berbekalkan doa dan istighfar, aku menyuruh rakan karibku membeli tiket bas serta merta dan alhamdulillah masih ada walaupun agak lewat membelinya. Tepat jam 10 malam, aku terus ke stesen bas Putra berbekalkan kecekalan serta panik seketika, terus menaiki bas tersebut dengan keadaan yang agak pantas. Syukurpada Allah atas kurniaanNya memberiku ruang untuk pulang kekampung menziarahi nenek.

Lagu "AllahuRabbi" serta "Redha" nyanyian Inteam reunited (album baru) menggamit telingaku disaat aku didalam bas kerana ianya dapat mengubat rasa rinduku pada nenekku yang banyak membuat jasa padaku dikala ia masih gagah dan kuat. Lagunya begitu puitis dan terus melenakan tubuhku yang teramat penat dek kerana mengejar masa yang begitu suntuk tadi. Tepat jam 4.30 pagi, keindahan kota raya Islam Kota Bharu mengejutku dari tidur yang kurang lena kerana goncatan bas kekiri dan kekanan begitu membuatku sedar tak sedar. Tiba dirumah agamku, ramai saudara mara berhimpun menungguku pulang, ada dari Penang, dari Kuala Lumpur sendiri. Alangkah ramainya.

Dikala suasana sepi, diselingi angin merdu dan cengkerik di pagi hari, tubuh nenek yang terlunjur kaku menyebabkan air mata keinsafanku rebah kebumi bersama hati yang selalu membuat dosa kepadaNya. Ya Allah, Kau ampunkan segala dosaku yang selama ini jauh dariMu..amin. Aku dan beberapa saudaraku menyiapkan tempat mandian jenazah nenek serta peralatan yang diperlukan. Selepas solat Jumaat, kami solat jenazah dan terus simpan tubuh nenek di Tanah Perkuburan Islam Paya Bemban bersama kubur datuk dan nenek sebelah ayah. Perginya seorang umat Muhammad SAW yang begitu besar pengorbanannya pada dunia. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dengan seluas-luasnya. Amin.

Ku hadiahkan catatan hati ini pada:
1. Ibu ayah
2. Para pensyarah
3. Rakan searah